00:00Presiden Gerakan Dominic Lau berkata fokus utama parti ketika ini adalah memastikan Perikatan Nasional atau PN kekal bersatu menghadapi PRN
00:10Johor dan Negeri Sembilan serta menyelesaikan sebarang cabaran dalaman menerusi perbincangan.
00:16Beliau berkata PN akan mengadakan mesyuarat ISNIN ini bagi membincangkan persiapan menghadapi dua PRN tersebut termasuk agihan kerusi antara komponen.
00:27Dominic berkata Gerakan juga ada mencadangkan untuk bertanding lima hingga enam kerusi untuk PRN Johor namun keputusan muktamad akan dibuat
00:37majlis tertinggi PN.
00:39Kenyataan ini menyusul selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menegaskan partinya kekal dalam PN dengan pemimpin PAS sebelum itu menyatakan terpulang
00:49kepada Bersatu sama ada mahu kekal atau keluar gabungan susulan penambatan hubungan politik antara mereka.
00:55Pada 1 Jun, pengurusi PN Johor Sahruddin Jamal turut menegaskan gabungan itu akan bergerak bersama menghadapi PRN Johor walaupun terdapat
01:06perbezaan pandangan antara komponennya.
Comments