Azmin Ali letak jawatan setiausaha agung PN manakala Sahruddin Jamal juga melepaskan jawatan pengerusi PN Johor, menyusuli langkah Muhyiddin Yassin yang lepas jawatan pengerusi.
00:00Azmin Ali mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Agong Perikatan Nasional bermula 1 Januari 2026.
00:08Beliau mengambil perhatian bahawa pelantikannya kejawatan itu adalah atas bidang kuasa pengurusi Muhyiddin Yassin.
00:15Azmin diumumkan sebagai Setiausaha Agong PN pada 10 Disember tahun lalu menggantikan Hamzah Zainuddin.
00:22Azmin juga mengumumkan peletakan jawatan selaku pengurusi PN Selangor pada tarikh yang sama.
00:28Sementara itu, Sahruddin Jamal juga melepaskan jawatan pengurusi Perikatan Nasional Johor untuk memberi ruang kepada kepimpinan baharu menerajui gabungan negeri.
00:37Pengumuman itu menyusul keputusan Muhyiddin Yassin meletak jawatan pengurusi PN berkuat kuasa 1 Januari ini,
00:45susulan kemelit politik di Perlis yang menyaksikan adun sanglang daripada PAS, Syukri Ramli,
00:50meletak jawatan Menteri Besar dan digantikan adun kuala Perlis daripada Bersatu, Abu Bakah Hamzah.
Be the first to comment