Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Malaysia hampir mencapai guna tenaga penuh, namun lebih 290,000 belia masih menganggur. Adakah cabaran sebenar berpunca daripada jurang kemahiran, perubahan aspirasi generasi muda atau ketidakpadanan antara sistem pendidikan dan keperluan industri dan bagaimana Malaysia boleh memastikan bakat yang dilahirkan hari ini kekal relevan dalam ekonomi yang semakin dipacu teknologi, AI dan pekerjaan masa depan? Kupasan lanjut bersama
Transcript
00:01Salam sejahtera, anda sedang menyaksikan pantau belanjuan bersama saya Nina Rozum.
00:05Seperti biasa untuk kita melihat keadaan, kita akan berbincang mengenai pasaran kerja daripada pendidikan
00:11di mana melihat data terbaru daripada dosa Malaysia hampir mencapai tahap guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran sekitar 3%.
00:18Namun di sebalik angka yang kelihatan memberansangkan itu, lebih 290,000 belia masih belum mempunyai pekerjaan.
00:25Persoalannya, apakah cabaran sebenar hari ini sekadar isu graduan tidak memiliki kemahiran dan diperlukan industri
00:31atau adakah kita sedang berdepan perubahan yang lebih besar apabila aspirasi, jangkaan dan definasi kejayaan generasi muda bergerak lebih pantas
00:39daripada evolusi pasaran pekerjaan itu sendiri.
00:42Lebih menarik ketika negara giat menarik pelaburan mendilai tinggi dan mempercepat agenda digital serta kecerdasan buatan AI
00:49adakah sistem pendidikan, majikan dan pembuat dasar bergerak seiring dengan menyediakan laluan yang lebih jelas
00:54daripada bilik darjah ke alam pekerjaan.
00:56Sudah tentu kita akan bawakan pakar untuk bantu kita faham mengenai perkara ini adalah
01:00Dr. Anu Ahmad, fellow bersekutu, Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Minda UKM.
01:05Saya nak ucapkan terima kasih, Dr.
01:07Pertama sekali melihat kepada data dosen ini, memang membimbangkan lebih daripada 2 angka,
01:14lebih 10% pengangguran dalam kalangan belia dan mereka kita tahu adalah antara pemacu utama dan pemimpin negara pada masa
01:21akan datang.
01:21Dan seringkali melihat pengangguran belia sebagai kegagalan ataupun kurang menyesuaikan diri dengan pasaran kerja.
01:29Tetapi adakah cabaran sebenar hari ini ialah pasaran kerja itu bergerak lebih perlahan daripada perubahan aspirasi,
01:36kemahiran dan juga jangkaan generasi muda itu?
01:40Baik, terima kasih Nina atas perbincangan.
01:43Yang pertama adalah kita kena memahami bahawa ada beberapa bentuk pekerjaan di negara kita sama ada pekerjaan itu berbentuk kerjaya,
01:53kerjaan itu adalah pekerjaan, pekerja dan juga ada yang bekerja sendiri.
01:58Kalau kita lihat, tren bujukkan bahawa remaja kita sekarang ini bergerak ke arah mereka ingin mencari pekerjaan,
02:07bukan lagi kerjaya dalam bentuk yang seperti zaman saya dulu.
02:11Sebab itu kalau kita lihat tren pada hari, banyak mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti pekerjaan yang berbentuk gig ekonomi,
02:20keusahawanan dan sebagainya. Adakah ini satu tren yang bahawa keupayaan bila kita untuk mengubah suai,
02:30mengadaptasi fleksibiliti di dalam memilih ataupun melakukan pekerjaan?
02:36Itu dari segi umumnya. Tetapi untuk peringkat ini, kalau kita lihat kepada data,
02:43kita tahu bahawa negara kita telah mencapai apa yang disebut sebagai guna tenaga penuh
02:49dengan kadar penganggurannya sekitar 3% begitu atau 4% tidak begitu jauh daripada angka itu.
02:59Tetapi kalau kita lihat lebih mendalam, apa yang membimbangkan kita adalah jenis pekerjaan ini.
03:05Kalau kita lihat di kalangan belia kita, jenis pekerjaan mereka itu kebanyakan berada di dalam sektor
03:11berkemahiran rendah dan sederhana. Dua per tiga daripada pekerja di negara kita
03:16menjurus kepada pekerjaan sektor rendah dan sederhana. Apa implikasinya?
03:21Tentu saja yang pertama, pendapatan mereka tidak tinggi. Yang keduanya mereka tidak akan
03:26kearah untuk mendekatkan kemahiran, kepakaran, keupayaan mereka ke peringkat kemahiran yang tinggi
03:33kerana pekerjaan-pekerjaan yang mereka cemburu itu ada pekerjaan yang memerlukan mereka
03:39mempunyai kemahiran rendah dan sederhana. Dan yang ketiganya kalau kita lihat pekerjaan-pekerjaan
03:45yang begini, dia sangat fragile, dia sangat apa kita panggil mudah terancam ataupun dia cepat
03:52terugat. Kalau kita lihat apa yang berlaku, bila berlaku krisis ekonomi, krisis geopolitik
03:58dan sebagainya, maka sektor pekerjaan rendah dan sederhana ini antara kumpulan pekerja yang
04:04mudah terjejas. Sebab itu kalau kita lihat data perkeso misalnya sebagai contoh, kita
04:09dapat lihat selepas berlakunya krisis geopolitik, US, Iran dan sebagainya, kita
04:13lihat berlaku di seluruhnya kadar pekerjaan itu kehilangan pekerjaan itu
04:20meningkat. Di negara kita juga mengalami pengalaman sama yang kalau kita lihat
04:24lima bulan terakhir ini bermula Januari hingga Mei kita dapat lihat berlaku
04:30peningkatan kehilangan pekerjaan. Dan kalau kita zoom ataupun kita lebih melihat
04:34ke dalam, kita tahu bahawa kebanyakan kehilangan pekerjaan ini adalah sektor
04:39pembuatan, sektor-sektor yang dianggap sebagai berada di kemahiran rendah dan
04:44sederhana. Sebab itu untuk kita melihat secara lebih besar isu ini, pertama kita perlu
04:53memastikan bahawa negara kita menyediakan sektor pekerjaan berkemahiran
04:59tinggi, memerlukan teknologi yang lebih tinggi dan anak-anak kita ataupun generasi
05:06muda kita mesti mempunyai penguasaan teknologi kemahiran yang di dalam sektor
05:12kemahiran tinggi. Ciasat itu adalah antara visi ataupun cabaran utama negara kita
05:18di dalam memastikan sektor negara kita, sektor pekerjaan kita kekal stabil
05:24sentiasa di dalam permintaan dan ini juga sebenarnya memberikan tarikan kepada
05:30pelabur untuk masuk ke negara kita jika negara kita membekalkan sumber
05:35tenaga berkemahiran tinggi, berinovasi dan mereka mempercayai kemahiran-kemahiran
05:41untuk teknologi masa depan.
05:44Dan Doktor, adakah masalah utama hari ini bukan kekurangan peluang pekerjaan
05:49tetapi jurang yang semakin melebar antara pekerjaan yang tersedia dan
05:52pekerjaan yang dianggap bernilai serta mampu menawarkan masa depan yang
05:56lebih baik itu sudah tentu. Jadi, jawamanakah kos sehari hidup juga kita
06:00melihat kepada harga rumah, komitmen kewangan dan juga realiti ekonomi
06:04semasa telah mengubah cara generasi muda menilai sesuatu pekerjaan berbanding
06:08dengan generasi terdahulu?
06:10Ya, saya setuju dengan banyak pandangan daripada pakar ekonomi
06:15mengatakan bahawa isu di Malaysia ini bukan menjurus kepada kos seharian hidup
06:20yang tinggi tetapi sebenarnya pendapatan yang rendah.
06:24Jadi, pendapatan yang rendah inilah yang menjadi fokus patutnya kepada
06:28keperluan negara untuk meningkatkan kualiti kehidupan anak-anak
06:34ataupun generasi muda. Saya membayangkan kalau banyaklah kurang
06:38menunjukkan bahawa graduan kita apabila mereka keluar daripada
06:41universiti, gaji mereka masih lagi berada di angka yang sangat rendah lah
06:45berbanding dengan keperluan mereka pada masa ini. Malah boleh saya
06:51katakan gaji mereka tidak banyak berubah berbanding dengan angka
06:5510 tahun atau 15 tahun yang lalu apabila seorang graduan mula
06:59bekerja. Jadi, pada saya fokus kita sekarang ini adalah bagaimana untuk
07:03meningkatkan pendapatan. Dan untuk meningkatkan pendapatan salah satu
07:07perkara asas yang paling pertama adalah mestilah mempunyai tahap
07:10pendidikan yang lebih baik, kemahiran yang lebih tinggi, sektor-sektor
07:15yang kita anggap sebagai sektor yang berkemahiran, berimpak tinggi,
07:19sektor masa depan. Jadi, saya rasa dalam kita merancang sama ada isu
07:24kos seharian hidup, isu pengangguran dan sebagainya. Fokus kita
07:28sepatutnya mengarah kepada menawarkan peluang-peluang pekerjaan
07:32yang kemahiran tinggi, menawarkan pendapatan yang lebih tinggi kepada
07:36anak-anak muda kita ataupun generasi muda kita dan dengan penawaran-penawaran
07:41yang begini, mereka akan meningkatkan kemahiran, mereka akan terus
07:46meningkatkan pengetahuan dan sebagainya. Yang saya rasa itulah yang
07:49sepatutnya menjadi fokus kepada agenda kita untuk membangunkan negara.
07:53Kita mungkin terlalu lama berdual ataupun berbincang, berdebat
07:58berkaitan dengan kos seharian hidup dalam kerangka bagaimana untuk
08:01menurunkan harga barang. Sedangkan kita tahu itu adalah satu perkara
08:05yang mungkin sukar untuk kita laksanakan sebab kos harga barang akan
08:08setiasa meningkat. Apabila kerajaan menekan misalnya menggunakan polisi
08:13dasar untuk menekan kos harga barang itu menurun tetapi tidak menurun
08:18disebabkan oleh keperluan-keperluan misalnya sekarang kalau
08:21geopolitik kos minyak meningkat dan sebagainya maka tidak mungkin
08:25untuk kita terus berbincang dan melihat solusi untuk menurunkan
08:30harga barang itu sebagai satu strategi. Tetapi bagaimana untuk
08:35kita meningkatkan keupayaan, kebolehan, kemahiran generasi kita
08:41untuk mereka meningkatkan pendapatan. Saya rasa ke arah itu
08:44lebih baik dan di situlah pentingnya pendidikan seperti yang Nina
08:48sebut tadi. Maka di sinilah ruang ataupun peranan pendidikan
08:52untuk bagaimana boleh membekalkan ajen kerja-pekerja yang
08:58kemahiran tinggi. Di sini saya rasa peranan universiti sangat
09:01penting. Peranan sistem pendidikan sangat penting. Peranan
09:05pihak-pihak yang di dalam industri supaya terlibat dengan sektor
09:09pendidikan sangat penting. Kerana pada akhirnya apabila kita
09:12mempunyai bekalan guna tenaga berkemahiran tinggi,
09:17berpengetahuan tinggi dan bersedia untuk bekerja di dalam
09:20sektor-sektor industri yang berimpak tinggi maka pendapatan
09:24anak-anak kita akan meningkat lebih baik. Pelabur-pelabur asli
09:27akan melihat Malaysia sebagai tapak ataupun tempat yang baik
09:30untuk mereka memulakan perniagaan mereka dan sebagainya. Jadi
09:34saya rasa fokus kita kepada isu-isu sebegini harus kepada
09:38meningkatkan pendapatan. Dan mesti ada agenda yang secara
09:41khusus bagaimana kita nak meningkatkan pendapatan generasi
09:45muda kita, belia kita. Khususnya mereka yang merada di
09:49peringkat pengajian tinggi dan sebagainya. Jadi Doktor adakah
09:52ini bermakna pekerjaan pertama hari ini tidak lagi dilihat sebagai
09:56batu loncatan kejaya tetapi ia perlu dapat menawarkan
10:01kestabilan kewangan dan mampu menampung kos sehari hidup
10:06semasa? Ya kita tahu bahawa kos sehari hidup akan meningkat
10:10tetapi sektor-sektor pekerjaan yang diceburi oleh belia kita itu
10:15pada saya masih lagi dalam kerangka yang lama. Walaupun kita
10:19sudah ada penawaran misalnya gig ekonomi dan berbagai bentuk
10:24sektor ekonomi yang berteraskan teknologi tetapi bentuk ataupun
10:32kategori pekerjaan yang diceburi oleh belia-belia kita masih
10:35lagi dalam bentuk pekerjaan. Dia bukan dalam bentuk kerjaya.
10:38Misalnya kalau mereka terlibat dengan apa penghantaran makanan
10:42ataupun apa e-hailing dan sebagainya. Ini masih dianggap
10:47sebagai pekerjaan. Ia bukanlah satu kerjaya yang akan memberi
10:50jaminan yang besar kepada kehidupan mereka pada masa depan. Jadi saya
10:54rasa di saat kita meraihkan mereka mahu bekerja, mereka bersedia untuk
10:58bekerja di dalam berbagai sektor gig ekonomi tetapi itu mesti
11:03dilihat secara berhati-hati kerana gig ekonomi ini pada saya
11:07adalah satu pekerjaan betul mereka memberikan pendapatan
11:10tambahan yang baik tetapi soalnya ia bukan satu kerjaya. Adakah ia
11:14akan memberi jaminan kepada masa depan mereka, pada hari tua
11:18mereka, adakah mereka berada dalam keadaan ekonomi yang stabil dan
11:22sebagainya. Jadi pada saya di saat kita kita gembira ada anak
11:26muda kita kuat bekerja untuk mendapat pendapatan tetapi saya
11:30fikir kerajaan juga mesti mempunyai perancangan yang jelas
11:33bagaimana untuk memastikan pendapatan dan juga keupayaan
11:38anak-anak muda kita untuk mendapat kerjaya yang baik pada
11:42masa depan itu berasaskan kepada pengetahuan, kemahiran yang
11:46mereka dapat daripada pendidikan. Jadi pada masa yang sama saya
11:50saya bersuju dalam banyak keadaan kerajaan sudah melakukan
11:54beberapa agenda besar. Misalnya kita telah mengangkat Tibet. Tibet
11:58adalah salah satu daripada sektor utama yang akan memberikan
12:01jaminan kerjaya yang lebih baik kerana mereka berpeluang untuk
12:05meningkatkan kemahiran pengetahuan dan sebagainya. Tibet adalah salah
12:08satu agenda yang saya nampak begitu konsisten dilaksanakan oleh
12:12kerajaan. Di peringkat universiti juga Nina, saya sudah melihat usaha-usaha itu
12:17berjalan tetapi kita masih memerlukan usaha yang lebih kuat. Misalnya
12:21penglibatan industri di dalam universiti. Ini satu perkara yang
12:26sangat penting. Kalau 20 tahun dulu bila kita cakap industri di dalam
12:31universiti ini sesuatu yang agak terasing. Kalau kalau tapi hari ini
12:35universiti dan industri sepatutnya adalah satu pasukan. Bagaimana untuk
12:40mengebelingkan bukan saya kemahiran pengetahuan tetapi juga
12:44pengalaman generasi kita yang berada di universiti untuk masuk
12:47ke dalam sektor pekerjaan. Kita ada banyak program misalnya CEO di
12:52fakulti. Kita ada program 2U2I eh maksudnya dua tahun di universiti,
12:57dua tahun di industri dan sebagainya. Tetapi program-program itu
13:00masih boleh dipertingkatkan. Supaya ia benar-benar mencerminkan
13:04hubungan yang synergy yang kuat antara industri dan juga universiti. Saya
13:09saya mengharapkanlah pada masa depan mungkin pihak kementerian yang
13:13berkaitan dengan pekerjaan tinggi mereka boleh memikirkan bagaimana
13:16contohnya kemahiran teknologi ataupun mereka yang berada dalam
13:22industri itu berada di dalam universiti bersama-sama dengan
13:26tenaga akademik untuk memberikan pendidikan kepada pelajar
13:31universiti. Begitu juga misalnya pensyarah-pensyarah di
13:35universiti, ahli akademik di universiti yang terlibat dengan
13:38industri. Berada di dalam industri sekurang-kurangnya dalam
13:40setahun itu tiga bulan. Supaya mereka benar-benar memahami
13:44keperluan industri pada masa ini dan masa depan. Jadi apabila
13:47mereka merangka, merancang kereklam dan mewujudkan latihan-latihan
13:52untuk pelajar di universiti, mereka benar-benar memahami apa yang
13:55diperlukan oleh industri dan industri juga pada masa yang sama
13:59boleh bekerjasama baik dengan pihak universiti supaya benar-benar
14:03melahirkan guna tenaga yang terus dapat dilaksanakan ataupun
14:07digunakan di dalam industri mereka. Saya rasa hubungan industri
14:12dan universiti ini tidak lagi boleh kita anggap sebagai satu
14:15hubungan biasa yang selama ini kita anggap sebagai wujud tetapi
14:19tidak begitu hukum. Tetapi pada masa depan saya rasa ini adalah
14:24salah satu agenda yang paling besar yang mesti dilakukan oleh
14:28pihak universiti dan juga pihak industri.
14:31Baik Doktor, penting apa yang boleh bercakap mengenai sinergia
14:34antara pendidikan universiti dan juga industri untuk memastikan
14:37universiti itu dapat melahirkan bakat industri yang dapat memerlukan
14:40keperluan. Bukan sahaja industri tapi dapat memerlukan keperluan
14:44pasaran masa depan. Tetapi Doktor jangan kepada mana banyak lagi yang
14:47akan kita bincangkan. Pantah Belanjawan akan berteriak seketika dan
14:50kembali selepas ini.
14:58Baik bertemu kembali dalam Pantah Belanjawan dan kita akan teruskan
15:02dengan topik perbincangan bersama tetamu yang masih setia bersama kami
15:06dalam talian adalah Dr. Anu Ahmad, fellow bersekutu institut pembangunan
15:09dan kemajuan inklusif Malaysia, Minda UKM. Saya nak ucapkan terima kasih
15:12Doktor kerana masih lagi bersama kami. Banyak yang telah kami bincangkan
15:16pada segment pertama untuk memahami apakah antara gaps di antara
15:19pendidikan dan juga keperluan industri dan apakah antara perkara yang
15:22boleh kita lakukan. Melihat kepada ketika ini, konteks masa, kita sering
15:27dengar ramai majikan menyatakan mereka berdepan kekurangan bakat
15:30manakala graduan juga pula mendakwa sukar mendapat pekerjaan itu.
15:34Adakah ini petanda bahawa masalah sebenar bukan kekurangan pekerjaan
15:37atau bakat tetapi kegagalan kedua-duanya untuk bertemu pada titik yang
15:40sama di mana kita lihat majikan ada demandnya sendiri dan juga generasi muda
15:45generasi sekarang mempunyai keperluan mereka sendiri. Bantu kami
15:48faham.
15:49Ya betul Nina. Nina membuat satu telahan yang baik, yang tepat.
15:55Kerana kalau kita lihat ada dua keadaan. Satu industri yang bergerak
15:59begitu cepat berasaskan kepada persaingan, inovasi. Mereka harus bergerak
16:04dengan laju, dengan pesat, perkembangan, motivasi mereka ke arah
16:09mendapatkan keuntungan dan sebagainya. Di pihak satu lagi adalah
16:13universiti. Universiti ini adalah satu badan agensi yang melatih
16:16memberikan ilmu dan kalau kita lihat dia perlu dilakukan secara
16:20lebih berhati-hati. Dia, dia, perkembangan yang itu tidaklah sepesat
16:27sebagaimana yang berlaku dalam industri. Kadang-kadang karikulum yang
16:30dibina itu kita memerlukan masa untuk melalui proses-proses
16:33pemurnian yang mengambil masa kadang-kadang tahun ya. Jadi kalau kita lihat
16:38ada dua keadaan di mana dua entiti ini bergerak di dalam keadaan
16:43yang berasingan pada waktu dahulu. Tetapi kalau kita masih kekal
16:49dalam bentuk yang labah, universiti bergerak dengan berhati-hati
16:51kerana mereka memerlukan memenuhi keperluan-keperluan akademik
16:54dan sebagainya atas keperluan mereka. Tetapi di satu pihak, pihak industri
16:59bergerak dengan begitu laju. Mereka bersedia untuk try and error, cuba jaya
17:05dan mereka bersedia untuk melakukan inovasi yang kadang-kadang di luar
17:08daripada kebiasaan dan sebagainya. Sebab itu sifat motivasi industri
17:12maka kita lihat dua agensi ini ataupun dua entiti ini akan tidak boleh
17:17berkomunikasi dengan baik. Sebab itu kalau kita perlu untuk mengembeling
17:21kedua-duanya maka komunikasi antara industri dan universiti ini mesti
17:27ditingkatkan, mesti dikembangkan. Dan bagaimana universiti boleh melakukan
17:32secara lebih fleksibel tanpa mengorbankan kualiti. Pada masa yang
17:38sama juga pihak industri juga mula mengunjurkan apa keperluan mereka untuk
17:43tempoh tiga empat tahun yang akan datang ke sana. Jadi di sini ada
17:47perlunya komunikasi. Tanpa komunikasi yang berkesan kita akan
17:52melahirkan graduan. Universiti akan mengatakan mereka telah berjaya
17:56melahirkan seramai mungkin graduan dalam bidang-bidang yang mereka
18:00telah lama cemburi. Tetapi di pihak industri mungkin mengatakan kami
18:04tidak memerlukan graduan begini. Kami memerlukan graduan masa depan.
18:09Teknologi masa depan, sektor perniagaan, pelaburan masa depan yang
18:13mungkin tidak ada di dalam universiti pada masa ini. Jadi saya rasa di sini
18:18keperluan untuk komunikasi itu bukan sekadar secara berkala. Tetapi ia mesti
18:23bersifat pasukan. Berada di dalam satu kelompok, kelumpulan yang
18:28sama-sama berfikir daripada pihak universiti sehinggalah pihak
18:32industri. Saya rasa ini adalah satu yang sebelum saya suruh awak tadi.
18:35Satu keperluan yang bukan lagi kecil. Dia satu keperluan yang sangat
18:39besar. Agenda ini patut diangkat. Sebagaimana kita angkat agenda
18:43TVET misalnya. Maka agenda universiti industri ini sudah perlu diangkat
18:48menjadi satu agenda besar. Saya memayangkan bahawa universiti tidak berdiri
18:52sendiri. Dia mesti berdiri atas sifatnya sebagai sebahagian daripada
18:57industri. Dia sudah menjadi sebahagian daripada pemain di dalam
19:02industri. Cara berfikir di universiti juga harus berubah kepada
19:06keperluan-keperluan industri. Bukan untuk tempoh lima, enam tahun
19:10akan datang. Tetapi apa yang menjadi masalah kepada industri pada hari ini.
19:14Termasuk juga isu keperluan guna tenaga yang kemairan tinggi.
19:18graduan yang kompeten untuk menyelesaikan masalah industri pada hari ini.
19:23Graduan yang kompeten untuk mentadbir, mengurus, mengoperasikan industri pada hari ini.
19:29Bukan untuk lima tahun yang akan datang. Jadi saya rasa di sini keperluan yang sangat-sangat
19:33tinggi, sangat-sangat penting untuk mengangkat agenda universiti dan industri sebagai
19:38satu ekosistem untuk membantu graduan-graduan kita. Kadang-kadang saya, kita kesian juga
19:44daripada gerai-graduan ini. Kadang-kadang mereka belajar tiga tahun, empat tahun ini.
19:48Tetapi kemungkinan apa yang mereka belajar itu bila mereka masuk ke industri,
19:52industri disebabkan sifatnya yang laju, pesat, berkembang maka ada perkara-perkara yang
19:58mungkin tidak disentuh semasa mereka belajar di universiti. Jadi mereka terpaksa retrain,
20:04re-educasi, belajar balik latihan semula dan sebagainya. Dan ini akan
20:10melambatkan proses pengembangan kerjaya seorang graduan itu. Jadi saya rasa ini
20:15antara perkara yang mesti kita ambil maklum dalam kita melihat dunia pekerjaan
20:19masa kini dan juga masa depan khususnya kepada kumpulan graduan universiti.
20:24Jelas komunikasi yang jelas dan berkesan dapat menghubungkan atau menjadi jabatan
20:28antara sistem universiti dan juga sistem industri itu sendiri. Dan sekiranya universiti
20:35dapat catch up dengan perubahan pantas industri ini, ia mampu dan berpotensi untuk
20:40menghasilkan graduan yang memenuhi keperluan industri hari ini. Namun adakah itu
20:44mencukupi sedangkan langskap pekerjaan 5 hingga 10 tahun akan datang mungkin
20:47kelihatan sangat berbeza. Contoh yang kita dapat lihat yang terkini adalah sebelum
20:51dengan selepas pandemik COVID-19.
20:54Ya, saya fikir teknologi akan berkembang sangat-sangat pesat. Kita dah ada AI dan sebagainya.
21:00maka cara berfikir untuk melahirkan graduan juga mesti berubah. Saya melihat
21:06graduan yang kita lahirkan pada hari ini dia mesti berisifat graduan global.
21:11Graduan yang bukan berfikir untuk balik bekerja di kampung dia ataupun di bandar dia
21:15atau di negeri dia. Kita harus belajar ataupun merangka kerekelem dan juga
21:22keadaan di universiti itu supaya graduan kita berfikir bahawa mungkin satu hari dia
21:27akan bekerja di negara-negara lain, di negara ASEAN ataupun di negara yang lebih jauh.
21:33Kerana cara fikir itu akan menentukan bagaimana mereka bertindak di dalam universiti,
21:37cara mereka berinteraksi dengan pensyarah, cara mereka menyelesaikan assignment dan sebagainya
21:42kerana mindset ataupun pemikiran mereka itu terarah kerana mereka ingin menjadi seorang
21:48keraduan global. Mereka menguasai bahasa lebih daripada dua atau tiga bahasa dan sebagainya.
21:53saya rasa itu akan meningkatkan keupayaan, kebolehan dan juga dari segi kompetensi
22:00graduan-graduan kita. Jadi itu juga menjadi cabaran kepada kita kerana kita tahu bahawa
22:06ada sebahagian daripada graduan kita masih berfikir bahawa apabila dia graduate nanti
22:10dia nak balik kerja di kampung dia atau di negeri dia. Jadi ada yang mungkin berfikir
22:16dia nak balik bekerja dengan sektor agensi kerajaan misalnya. Saya rasa mindset graduan juga
22:22adalah satu perkara yang menjadi cabaran besar kepada cara kita menguruskan sektor
22:28kerjaan pada masa depan. Kita mengharapkan misalnya graduan-graduan kita bersaing
22:35ataupun mengikupayaan bukan sahaja berada dalam industri tempatan tapi mereka juga
22:40bersedia untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Di peringkat ASEAN menawarkan kemahiran
22:45pengetahuan mereka di kalangan negara-negara ASEAN dengan bayaran pendapatan yang lebih baik
22:50dan bila mereka sudah mempunyai pengalaman di negara dua mungkin satu hari
22:54mereka akan kembali ke negara sendiri untuk meneruskan perkhidmatan mereka dan sebagainya.
22:59Jadi cara fikir saya rasa juga adalah satu cabaran yang besar bagaimana kerajaan
23:04boleh berfikir untuk berada di dalam aras ataupun di peringkat global.
23:12yang juga penting sebenarnya pada hari ini. Kalau kita cakap soal guna tenaga
23:16manusia tadi di negara kita ini dah tepu. Jadi kalau kita masih berfikir untuk
23:21mengisi ketepuan itu di dalam negara maka kita akan lihat lebih ramai
23:26keraduan-keraduan kita akan keluar pekerjaan disebabkan oleh lambatkan
23:30berlaku maka mereka mungkin akan mendapat pendapatan yang lebih rendah.
23:34mereka juga mungkin tidak ada pekerjaan yang setara dengan kelulusan mereka dan sebagainya.
23:40Sebab itu saya selalu menyarankan bahawa
23:42keraduan kita harus daripada hari pertama mereka masuk ke universiti itu
23:46mereka sudah berfikir sebagai seorang keraduan global
23:49yang bersedia untuk bekerja bukan hanya di dalam negara
23:52tapi mereka juga boleh bekerja di luar negara
23:55dan akhirnya memberi pulangan hasil yang besar itu
23:59kepada mereka, keluarga mereka dan juga kepada negara kita
24:02dalam tepuh jika masa yang panjang.
24:05Baik, banyak yang telah kita bincangkan Prof bagaimana untuk melihat
24:09daripada segi peranan universiti itu untuk melahir setiap
24:12geraduan yang mampu mencipta nilai yang lebih tinggi
24:15membinda pekerjaan dan menyesuaikan diri dengan teknologi,
24:17AI dengan perubahan pantas dunia teknologi ini
24:21dan kita juga melihat bagaimanakah industri ini dapat menyediakan
24:25peluang-ruang pekerjaan yang lebih berkualiti tinggi
24:27dan bernilai tinggi untuk mereka.
24:28Ruang satu, ruang ekosistem yang menyeluruh yang harus kita teliti.
24:31Namun dari sisi lain juga Doktor, semakin ramai belia
24:35sebenarnya memiliki ekonomi freelancing dan keusahawanan digital
24:38adakah ini sebenarnya mencerminkan perubahan positif
24:41dalam dunia pekerjaan atau sebenarnya petanda bahawa
24:44pekerja formal semakin gagal memenuhi keperluan generasi muda
24:48dan jika Malaysia sebenarnya mahu benar-benar rapatkan jurang
24:52antara bilik darjah dan alam pekerjaan ini
24:54apa antara reformasi terbesar perlu berlaku di universiti,
24:58di tempat kerja atau dalam cara kita mentarifkan kejayaan
25:01kerjaya itu sendiri?
25:03Baik, gig ekonomi adalah satu sektor baru
25:06dalam pendapatan di negara kita.
25:09Maksudnya anak muda biasanya akan terlibat dengan gig
25:11sebab mereka ini rapat dengan teknologi, media sosial dan sebagainya.
25:15Adakah gig ekonomi ini satu yang baik?
25:17Jawapannya kalau kita lihat negara-negara luar di misalnya
25:20kalau tengok sektor kerjaan di US, di Eropah
25:25memang gig ekonomi menyumbang satu pendapatan yang besar
25:28kepada negara, kepada KDNK.
25:31Maksudnya kalau dari segi angka gig ekonomi ada satu kerjaan,
25:35satu peluang yang tidak boleh dianggap sebagai kecil.
25:39dia ada satu sektor yang besar yang tetapi harus diurus dengan baik.
25:45Misalnya kalau anak muda kita terlibat dengan gig ekonomi,
25:49soalan saya yang paling utama adalah sampai bila you akan buat gig ekonomi?
25:54Adakah sampai umur you 50-60 tahun?
25:56Kalau misalnya you membuat misalnya penghantaran makanan misalnya,
26:01servis penghantaran makanan, adakah you akan tetap menunggang
26:05memutuskan penghantaran makanan pada usia you 50-60?
26:08Jadi itu soalan-soalan yang mesti kita jawab.
26:12Katalah gig ekonomi ini baik.
26:14Jadi apa jaminan yang boleh kerajaan sediakan supaya gig ekonomi ini
26:17mereka jadikan sebagai kerjaya?
26:20Adakah berlaku peningkatan dari segi pendapatan?
26:23Adakah mereka mendapat jaminan dari segi insurance?
26:27Adakah masa depan mereka pada hari tua terjamin dan sebagainya?
26:31Jadi kalau gig ekonomi ini sudah kita angkat sebagai satu sektor yang penting
26:36maka dasar-dasar dan polisi-polisi berkaitan dengan gig ekonomi harus jelas
26:41bagaimana untuk kita memastikan bahawa pekerja-pekerja gig ekonomi ini
26:45jangan sampai bila mereka sudah tidak bersedia untuk menjadi pekerja gig ekonomi
26:49maka mereka hilang pendapatan.
26:51mereka tidak ada masa depan yang baik dan sebagainya.
26:54Saya rasa di sini peranan kerajaan kerana gig ekonomi menumbang kepada pendapatan negara.
27:00Jadi mahu tak mahu kita mesti mempunyai satu dasar yang jelas,
27:04satu dasar yang menyokong kepada gig ekonomi
27:06dan dia memberi jaminan yang baik kepada pekerja-pekerja khususnya belia-belia kita.
27:12Itu dari segi ekonomi gig ekonomi.
27:14Pada masa depan juga kita bukan bercakap soal gig ekonomi sama ada penghantaran makanan ataupun
27:20kita bercakap tentang AI.
27:22Kita bercakap tentang akan ada juga gig ekonomi ini akan hilang dia punya keperluannya.
27:27Akan hilang dia punya pendapatannya.
27:31Sebab bila ekonomi berkembang dengan laju di dalam AI dan ekonomi itu sudah menjadi sesuatu yang pesat
27:38maka jaminan-jaminan bahawa kita akan terus bekerja dalam gig ekonomi itu juga akan hilang.
27:43Jadi saya rasa antara perkara penting yang harus dibuat sekarang, apakah dasar yang boleh kita tawarkan
27:49untuk memastikan gig ekonomi itu adalah satu yang sustainable, yang menjaminkan pendapatan yang baik
27:55dan juga masa depan yang baik pada pekerja dia.
27:58Akhirnya isu pengangguran belia bukan lagi sekadar tentang siapa sudah bekerja dan siapa belum.
28:02Persoalan lebih besar ialah sama ada sistem pendidikan, industri dan dasar negara itu cukup pantas
28:07untuk menyesuaikan diri dengan cara generasi muda belajar, bekerja dan membina masa depan
28:11terutama dalam ekonomi yang semakin dipacau teknologi, AI dan pekerjaan baru
28:15kejayaan Malaysia tidak boleh hanya dihukum melalui jumlah pekerja yang diwujudkan
28:18jelas daripada perbicaraan kita yang lebih penting adalah pekerja itu harus berkualiti
28:22relevan dan mampu membuka laluan kejayaan yang lebih baik untuk bakat tempatan.
28:25Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada Dr. Anwar Ahmad
28:28untuk Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Minda UKM dan setiap konser ini
28:32akan kami rangkumkan dalam astroawani.com dan di semua platform digital
28:36Astro Awani. Sekian sahaja Pantau Belanjawan pada kali ini.
28:40Selamat menikmati.
28:40Selamat menikmati.
Comments

Recommended