00:00Keyakinan Menteri Besar Sanusi Nur bahawa Perikatan Nasional atau PN
00:04mahu menyapu bersih 36 dun kedah dilihat psikologi politik
00:09menyuntik semangat penyokong termasuk kemungkinan merampas kerusi bersatu.
00:14Shahzah Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata
00:18kenyataan Sanusi mempunyai unsur psikologi politik
00:22tetapi ia tidak semestinya jauh daripada realiti
00:25meskipun Pakatan Harapan atau PH masih ada pengaruh di kedah.
00:31Menurutnya, PN mungkin tidak mampu memenangi kesemua 36 kerusi
00:35namun PAS berpotensi menambah penguasaan
00:38dengan merampas kerusi yang kini dipegang bersatu
00:41susulan peningkatan sokongan terhadap parti itu.
00:45Shahzah berkata demikian ketika mengulas kenyataan Sanusi
00:48bahawa PN mampu mencipta kemenangan besar 36-0 di kedah
00:53sebagaimana dicapai PAS Tengganu pada pilihan raya lalu.
00:57Sementara itu, pengalansi politik Global Asia Consulting
01:01Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata
01:03slogan 36-0 lebih sesuai dilihat sebagai naratif politik
01:08menaikkan moral penyokong berbanding gambaran tepat realiti semasa.
01:13Bagaimanapun katanya, PN juga berdepan cabaran dalaman
01:16termasuk ketegangan antara PAS dan Bersatu,
01:20perebutan pengaruh serta persoalan mengenai siapa
01:23yang akan menjadi wajah utama blok pembangkang.
01:26Azzurin Zainal, FMT