Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Kadar penempatan ke negara ketiga oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) terlalu rendah bagi pelarian termasuk Rohingya, antara punca golongan itu kekal berada di tengah-tengah masyarakat tempatan dalam tempoh yang lama.
Transcript
00:00Kadar penempatan ke negara ketiga oleh Suruhanjaya Tinggi Pertumbuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian UNHCR terlalu rendah bagi pelarian termasuk
00:10rohinya antara punca golongan itu kekal berada di tengah-tengah masyarakat tempatan dalam tempoh lama.
00:16Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Asu Tuan Ismail berkata, walaupun UNHCR mempunyai dua tugas hakiki iaitu mendaftar pelarian dan
00:25mencari negara ketiga untuk penambatan semula, statistik menunjukkan angka pengeluaran kad pelarian oleh badan itu jauh lebih besar berbanding jumlah
00:34individu yang dihantar keluar.
00:38Menurutnya, akibat daripada ketidakseimbangan itu, Malaysia kini terpaksa berdepan dengan isu tersebut termasuk etnik rohinya hidup bersama masyarakat setempat sementara
00:49menunggu giliran penempatan tidak menentu.
00:51Tugas UNHCR ini ada dua. Pertama, mendaftar. Yang kedua, menempatkan mereka di negara ketiga. Itu tugas hakiki dia, mendaftar, kemudian
01:04cari negara ketiga.
01:08Sementara, setelah berdaftar dengan UNHCR, keluarkan kad UNHCR, mencari negara ketiga itu, kejayaan menempatkan ke negara ketiga angkanya jauh lebih
01:23kecil berbanding dengan pengeluaran kad UNHCR oleh UNHCR itu sendiri.
01:30Akibatnya, sementara menunggu ditempatkan di negara ketiga, pelarian ini berada di tengah-tengah masyarakat. Itu fenomena yang sedang kita hadapi
01:41sekarang.
01:42Menurut beliau, kerajaan kini melaksanakan pengumpulan data berkaitan pelarian dalam negara bagi membolehkan tindakan diambil jika berlaku pelanggaran undang-undang.
01:53Pada masa sama, beliau turut menolak tanggapan isu kebanjiran pelarian ini hanya berlaku dalam tempoh tiga tahun kerajaan madani memerintah.
02:01Katanya, isu tersebut merupakan isu legasi yang telah berlaku sejak sekian lama.
02:06Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended