00:00Parti Peribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu perlu mencari strategi kelangsungan ampuh bagi memastikan parti itu kekal, relevan, termasuk tidak menolak
00:10kemungkinan untuk kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan PH.
00:14Penganalisis politik Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, beliau tidak terkejut sekiranya Bersatu memilih untuk bernaung di bawah komponen berkenaan
00:23bagi mengelak parti itu terkubur lebih awal sebelum menjelangnya pilihan raya umum ke-16, PRU 16.
00:34Beliau menyifatkan kedudukan Bersatu ketika ini agak sukar untuk bergerak sendirian memandangkan kekuatan parti itu dilihat semakin merosot berbanding pesaing
00:44lain seperti parti wawasan dan parti bersama.
00:48Agak mengejutkan juga dan merupakan antara pesaing utama. Jadi kalau kita lihat dalam suasana semasa ini, Bersatu ini agak kebelakang
00:57daripada parti-parti yang lain.
00:58Saya rasa kalau mereka ingin terus berada di pesadar politik negara, mungkin sesuatu yang tidak dipersetujui oleh ramai rakan-rakan
01:11tetapi ini adalah strategi.
01:13Strategi ini adalah saya rasa mereka terpaksa memilih parti lain untuk bersama-sama bernaung dan saya tak terkejut elok kalau
01:24pemilihan itu merujuk kepada Pakatan Harapan.
01:28Dan kemungkinan besar cara survival yang perlu ada kepada Bersatu ketika ini bergabung dengan parti ataupun komponen yang boleh memberikan
01:39mereka harapan untuk tidak menjadi kubur awal untuk mereka sebelum berlakunya PRU 16 ini.
01:48Ahmad Zaharuddin berkata dalam dunia politik, segala kemungkinan boleh berlaku kerana musuh hari ini boleh menjadi rakan strategik dalam sekelip
01:57mata demi kepentingan tertentu.
02:00Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat agar lebih bijak menilai janji ahli politik yang sering digambarkan indah.
02:06Tetapi hakikatnya tidak semestinya seperti yang disangka.
02:10Beliau menegaskan pengundi tidak seharusnya terpengaruh dengan retorik semata-mata.
02:15Sebaliknya, perlu menilai fakta dan kebenaran sebelum membuat keputusan.
Comments