00:00Kementerian Kesihatan Republik Demokratik Kongo, umum jumlah kes Ebola yang disahkan di negara itu meningkat kepada 710 kes.
00:09Kementerian itu turut melaporkan sebanyak 139 kematian dicatatkan akibat wabak itu.
00:17Agensi Berita Emeriah WAM melaporkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika, Afrika CDC,
00:26melancarkan pelan tidak balas kecemasan bersama selama 6 bulan bernilai 518 juta dolar Amerika bagi memerangi wabak berkenaan.
00:36Wabak yang berpunca daripada serinman dibagia virus Ebola itu setakat ini menjejaskan 29 zon kesihatan di tiga wilayah timur negara
00:43itu iaitu Ituri, Kivu Utara dan Kivu Selatan.
00:46Penilaian rasmi terbaharu menunjukkan jumlah kes yang disahkan terus meningkat dari minggu ke minggu menandakan penularan dalam komuniti masih berlaku.
00:55Wabak itu berisiko merebak secara mendadak ke kawasan lain sekiranya langkah kesihatan awam tidak dilaksanakan dengan segera.
01:03Dalam kemas kini wabak penyakit yang diterbitkan Sabtu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO berkata wabak di Kongo terus berkembang pesat.
01:11Tambah WHO, kadar kematian kes dilaporkan berkemungkinan lebih rendah daripada yang sebenar kerana banyak kematian yang berlaku sebelum wabak itu
01:20diisytiharkan masih dalam siasatan.
Comments