00:09Polis dedahkan individu yang pada awalnya hanya mengakses atau menyimpan bahan peneraan seksual kanak-kanak
00:15boleh beralih kepada jenayah lebih serius termasuk pengantunan, pemerasan dan amang seksual terhadap kanak-kanak.
00:22Polis menahan lima lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam samun berkumpulan
00:27yang menyasarkan mangsa dikenali menerusi aplikasi Mencari Pasangan Sejenis pada 30 Mei.
00:33Med Malaysia sedang memantau rapi perkembangan fenomena El Nino
00:37yang dijangka mula mempengaruhi cuaca negara dalam masa terdekat dan berkemungkinan berterusan sehingga awal 2027.
00:45AKPS Bukit Kayu Hitam menyita lebih 26,000 kg ayam sejuk beku bernilai RM208,320
00:53yang disyaki menggunakan sijil halal palsu untuk tujuan pengimportan ke negara ini pada 8 Jun lalu.
01:01Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pembubaran Don Negeri Sembilan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri
01:07dilakukan susulan wujud sedikit pengkhianatan.
01:12Barisan Nasional BN mengalu-alukan penubuhan Parti Politik Baharu termasuk Parti Wawasan Negara.
01:20Kes denggi seluruh negara meningkat 20.7% kepada 33,367 kes setakat Minggu Epidemiologi 23
01:29berbanding 27,640 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
01:36Australia pada ahad mengejutkan Turki 2-0 hasil corak pertahanan yang kemas dan taktikal serangan balas
01:42dalam perlawanan kumpulan D Piala Dunia FIFA 2026 di BC Place Vancouver, Canada.
01:49Anggaran kerosakan infrastruktur akibat gempa bumi berukuran 7.8 magnitud
01:54yang melanda Maasim Sarangani Mindanao pada 8 Jun dianggarkan mencecah kira-kira 1 bilion peso.
02:01Satu serangan saiber menyebabkan gangguan sistem di empat bank utama Iran pada Sabtu.
02:08Terima kasih telah menonton!
Comments