Skip to playerSkip to main content
  • 22 hours ago
Pelaksanaan projek grid tenaga elektrik Sabah Southern Madani Link (SSML) membuktikan komitmen kerajaan persekutuan dalam memastikan agenda pembangunan dan kemudahan asas dapat dinikmati rakyat di pedalaman Sabah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pelaksanaan projek Grid Tendaga Elektrik Sabah Southern Madani Link atau SSML
00:05membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam memastikan agenda pembangunan dan kemudahan asas
00:10dapat dinikmati rakyat di pedalaman Sabah.
00:13Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim berkata,
00:16projek itu selaras dengan dasar Malaysia Madani yang menekankan pembangunan adil dan saksama
00:21tanpa memfokuskan kemajuan hanya di kawasan bandar utama.
00:27Menurutnya pembangunan sebenar tidak akan memberi kesan menyeluruh jika kemudahan asas
00:32masih gagal sampai ke kawasan terpencil khususnya di pedalaman Sabah.
00:36Atas sebab itu, beliau terkesan dan mahu memastikan pembangunan tersebut dilaksana
00:41di seluruh pelusuk negeri termasuk pedalaman.
00:44Katanya ini akan membezakan pendekatan kerajaan dengan sesetengah negara luar
00:49yang hanya memberi tumpuan kepada pembangunan di bandar.
00:52Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Madlis Pecah Tanah
00:56projek SSML di Sipitang Sabah pada Sabtu.
00:59SSML melibatkan jajaran talian transmisi elektrik 275 kV
01:05yang menghubungkan pantai barat dan timur Sabah
01:07sekaligus berperanan penting memperkukuh grid bekalan tenaga elektrik
01:11serta mengimbangi agihan tenaga di negeri itu.
01:14Projek yang bermula 17 September tahun lepas itu dijadual siap pada 16 September
01:192028 dengan kos RM198 juta manakala kemajuan semasa projek setakat 26 Mei lepas
01:26adalah pada tahap 17%.
01:29Anwar berkata projek grid tenaga berkenaan mempunyai signifikan besar
01:32kerana memerlukan pengorbanan serta usaha gigih pekerja di lapangan
01:36yang menembusi kawasan hutan belantara di selatan Sabah
01:40bagi membangunkan rangkaian bekalan elektrik untuk rakyat.
Comments

Recommended