Skip to playerSkip to main content
Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman Md Ali berkata teknologi dron bukan sekadar melibatkan kemahiran penerbangan, malah membuka peluang kepada pelbagai aplikasi berimpak tinggi.

Penggunaannya kini semakin meluas dalam bidang pertanian, pemetaan, pemantauan keselamatan dan pengesanan data secara pintar.

Platform berita universiti yang memaparkan pencapaian, inovasi dan aktiviti pelajar dengan tepat dan menarik! — CAMPUS NOW, NATION NEXT!

Support juga Sinar Varsity di muka surat 18 dan 19 akhbar Sinar Harian setiap hari Selasa. Jumpa kami juga di semua platform media sosial kami!!

Like, share & komen sebab di sini suara 🎙️ korang memang penting!

TikTok: https://www.tiktok.com/@sinarvarsity
FB: https://www.facebook.com/sinarvarsity
IG: https://www.instagram.com/sinarvarsity/
X: https://x.com/sinarvarsity

#sinarvarsity #TVETMalaysia #JPK #KESUMA #Dron #Teknologi

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kalau kita bercerita tentang drone, dia ada beberapa komponen dalam drone ini yang kita kena tahu.
00:07Pertamanya piloting, bagaimana kita mengendalikan drone.
00:12Tapi piloting itu hanya satu skill.
00:16Dari segi teknologi dan manfaat disebalik daripada drone itu,
00:20kita kena lihat bagaimana aplikasi drone ini boleh digunakan untuk peningkatan produktiviti,
00:27sama ada dalam sektor pertanian, dalam sektor kawalan keselamatan, dalam sektor delivery dan sebagainya.
00:35Itu dari konsep aplikasinya.
00:40Begitu juga, kalau tak salah saya, dua tahun ataupun tiga tahun sudah.
00:46Kita pernah dengar tentang penggunaan kereta terbang.
00:50So, kereta terbang itu adalah salah satu daripada aplikasi drone itu
00:58yang di-advancekan, yang dinaikkan taraf untuk menjadikan pengangkutan pada masa depan.
01:04Kita biasa tengok dalam film Science Vision kan, bagaimana Star Trek itu terbang.
01:09So, this is part of aplikasi yang mana basisnya adalah drone.
01:15Tapi, kalau kita datang ke Hub 5 pada hari ini,
01:19kita lihat apa yang dipertunjukkan dekat pertandingan drone soker itu
01:22adalah lebih kepada bagaimana drone itu dikendalikan
01:26bagi tujuan pertandingan bola sepak, soker.
01:30Elemen yang paling penting bagaimana kita mengawal drone
01:33punya pergerakan itu bagi tujuan untuk score.
01:36So, that will be the basis of piloting.
01:39Tapi, dalam aplikasi sebenar, kita gunakan drone untuk mapping,
01:46kita gunakan drone untuk scan dari segi termahit,
01:50kita gunakan drone untuk pengangkutan dan banyak lagi aplikasi drone.
01:54Kalau kita lihat dalam pertanian, saya balik kampung,
01:58mereka gunakan drone untuk tabur benih, gunakan drone untuk tabur baja,
02:04gunakan drone untuk melihat pokok-pokok sawit yang ada penyakit.
02:08So, gunakan aplikasi drone.
Comments

Recommended