Skip to playerSkip to main content
Hanya berlatih memasak dua kali sebelum pertandingan, pelajar Food Institute of Malaysia (FIM), Muhammad Shafi Sardon membuktikan kemampuan apabila muncul juara Cabaran Topi Putih meskipun kurang yakin dengan hasil masakannya sendiri.

Shafi berkata, minat memasak sejak kecil ketika membantu ibunya di dapur menjadi pendorong untuk terus mengembangkan bakat kulinari, selain berharap dapat menyertai lebih banyak pertandingan ketika menjalani latihan industri bagi mengharumkan nama diri dan kolejnya.

Kalau feed korang masih kosong dan bosan, jom follow kami dapatkan cerita kampus, aktiviti pelajar, tips berguna, hiburan dan content yang confirm relate dengan kehidupan student.

Jangan lupa saksikan Cabaran Topi Putih bersama Sinar Varsity! - CAMPUS NOW, NATION NEXT!

Portal: https://www.sinarvarsity.my/
TikTok: https://www.tiktok.com/@sinarvarsity
FB: https://www.facebook.com/sinarvarsity
IG: https://www.instagram.com/sinarvarsity/
X: https://x.com/sinarvarsity

#sinarvarsity #FIM #FoodInstituteofMalaysia #MasterChefMalaysia #CabaranTopiPutih

Category

🗞
News
Transcript
00:00Saya nak buktikan yang saya boleh dan saya nak buktikan kepada chef saya yang saya boleh buat lah, misteri baksud.
00:13Sebenarnya ini adalah yang first, first time saya ikut.
00:18Sedikit gugup dan happy lah sebab masa pertandingan tu pun saya layan dan enjoy.
00:25Untuk pengetahuan, itik sebelum ni saya pernah masak tapi masak western lah.
00:33Tapi untuk yang pertandingan semalam, saya masak itik tu dengan cara tu adalah first time.
00:41Perasaan saya masa dapat Johan tu, saya tak sangka sebab dari pusingan first sampai pusingan yang ketiga,
00:51saya betul-betul tak ada confident dengan saya punya final product.
00:56Dan saya macam rasa gugup bila tengok equipment-equipment, college lain, yuho lain.
01:04Sebab kita orang hanya bawa box biasa dengan insert je.
01:11Saya prepare untuk masuk cabaran topi putih ni.
01:15Kita orang hanya training masak dua hari sahaja.
01:20Dua kali.
01:22Seminggu, seminggu sebelum dan seminggu sebelum tu kita orang terus buat dua kali.
01:30Yang tu pun kita orang training sendiri.
01:34Chef hanya monitor, tengok macam mana.
01:37Plating okey ke tak?
01:38Semestinya lah parent saya.
01:41Saya first dapat menang tu, saya balik rumah je, saya terus call parent saya.
01:48Sebenarnya, macam mana saya boleh minat dalam bidang kuliner ni.
01:53Dari kecil, saya suka masuk dapur untuk tolong mak saya lah.
02:00Saya ingatkan benda tu macam susah.
02:04Tapi, bila saya kerap-kerap tolong mak saya, so dia jadi minat.
02:10Dan, minat tu ada sampai sekarang.
02:13So, saya teruskan lah dengan bakat apa yang saya ada.
02:18Harapan saya,
02:21lepas ni kan, saya dah masuk short sample.
02:25Lepas tu, saya akan intern.
02:27So, saya harap saya dapat lagi lah join competition ni untuk menaikkan nama saya dan nama college saya.

Recommended