Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM yang juga Pakar Bahasa Melayu, Dr Muhammad Faizul Abd Hamid berkata, penggunaan kecerdasan buatan (AI) perlu dimanfaatkan secara beretika bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi.

Bagaimanapun, penggunaan AI secara berlebihan boleh menjejaskan keupayaan berfikir secara kritis, justeru pelajar perlu bijak membezakan penggunaan teknologi itu untuk membantu pembelajaran dan menghasilkan tugasan akademik.

Kalau feed korang masih kosong dan bosan, jom follow kami dapatkan cerita kampus, aktiviti pelajar, tips berguna, hiburan dan content yang confirm relate dengan kehidupan student.

Jangan sekadar scroll, join sekali vibe kampus paling real bersama Sinar Varsity! — CAMPUS NOW, NATION NEXT!

Portal: https://www.sinarvarsity.my/
TikTok: https://www.tiktok.com/@sinarvarsity
FB: https://www.facebook.com/sinarvarsity
IG: https://www.instagram.com/sinarvarsity/
X: https://x.com/sinarvarsity

#sinarvarsity #BahasaMelayu #UPM #Teknologi #AI

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebenarnya bila ada teknologi kecerdasan buatan ni kita kena kekal relevan
00:04Maksudnya kita tetap juga kena guna
00:06Sebab kalau kita tak guna, kalau kita tak optimumkan
00:09Dia akan menjadi satu masalah
00:12Iaitu kita akan ketinggalan berbanding dengan orang-orang lain
00:16Jadi kita boleh guna tetapi mesti patuhi etika
00:20Orang kata penggunaan kecerdasan buatan
00:24Kalau macam berdasarkan pengalaman saya
00:27Kalau lah pelajar hantar tesis atau tugasan
00:29Pensyarah akan semak beberapa perkara
00:32Yang pertama ialah plagiarism
00:34Sama ada petikan yang ditiru menerusi bahan-bahan bacaan
00:38Seperti jenis akademik itu diparafrasalkankah
00:41Ataupun dikekalkan petikannya
00:43Ataupun berkaitan dengan kecerdasan buatan
00:46Jadi ada perisian yang boleh kita semak
00:49Tapi nak berbalik-balik kepada orang kata penggunaan AI
00:53Untuk buat tugasan ilmiah
00:55Ataupun orang kata disertasi ataupun tesis itu
00:59Saya rasa perlu ada satu garisan yang membezakan
01:04Sama ada you guna secara melulu
01:07Ataupun main guna sahaja
01:09Ataupun guna secara beretika
01:11Jadi sebagai seorang pelajar pun kita tahu bahawa
01:15Kalau kita asyik guna je kan
01:17Kita pun tak boleh fikir secara kritis
01:19Jadi boleh guna AI tetapi guna dengan cermatnya
01:23Terima kasih kerana menonton!
01:29Terima kasih kerana menonton!

Recommended