Skip to playerSkip to main content
Pempengaruh dan Guru Bahasa Melayu, Cikgu Zack Kirana atau nama sebenarnya Saliza Ibrahim menegaskan generasi muda perlu menjadikan AI sebagai alat sokongan untuk mendapatkan maklumat dan mengembangkan idea, bukannya bergantung sepenuhnya kepada teknologi itu sehingga menghakis kreativiti sendiri.

Beliau turut mencadangkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memperbanyak pangkalan data bahasa Melayu dalam sistem digital bagi memastikan penggunaan tatabahasa dan kosa kata oleh AI lebih tepat.

Kalau feed korang masih kosong dan bosan, jom follow kami dapatkan cerita kampus, aktiviti pelajar, tips berguna, hiburan dan content yang confirm relate dengan kehidupan student.

Jangan sekadar scroll, join sekali vibe kampus paling real bersama Sinar Varsity! — CAMPUS NOW, NATION NEXT!

Portal: https://www.sinarvarsity.my/
TikTok: https://www.tiktok.com/@sinarvarsity
FB: https://www.facebook.com/sinarvarsity
IG: https://www.instagram.com/sinarvarsity/
X: https://x.com/sinarvarsity

#sinarvarsity #BahasaMelayu #CikguZackKirana #Teknologi #AI

Category

🗞
News
Transcript
00:00Saya tak boleh nak menghakimi dia guna AI itu dalam bentuk apa kan
00:04Tapi satu yang saya percaya, teknologi seharusnya kita manfaatkan
00:09Tetapi ada satu perkara yang saya perasan
00:12Anak-anak muda ini, terutamanya mereka yang nak menuntut ilmu
00:16Mereka menjadikan AI ini sebagai alat untuk mereka bergantung
00:21Sebaliknya, AI ini sebenarnya kita boleh custom dia kan
00:25Kita boleh tentukan cara apa yang kita nak, jawapan dalam bentuk apa yang dibagi kat kita
00:31Sebab saya percaya satu benda tentang AI ini
00:33AI ialah sesuatu yang kita tak dapat tolak
00:36Sebab dia salah satu orang kata peralihan zaman
00:40Keperluan dalam sesuatu yang datang kerana berlakunya peralihan zaman
00:43Tetapi ingat satu perkara
00:44AI ini bukan tuan yang baik
00:47Tapi dia hamba yang baik
00:48Maksudnya, jadikan diri awak sebagai seseorang yang kreatif dengan AI
00:54Tetapi bukan awak bergantung 100%
00:57Benarkan dia untuk bagi idea 100%
01:00Tidak, tapi sepatutnya idea datang daripada awak sendiri
01:03Tetapi mungkin awak boleh minta bantuan AI
01:06Untuk kumpulkan fakta, statistik dan sebagainya
01:10Inilah yang orang kata
01:12Anak-anak Gen Z
01:15Orang kata anak-anak Gen Z ini semua nak bergantung kepada AI
01:17Buktikan bahawa kalian bukan orang macam tu
01:21Antara cabaran AI dalam bidang bahasa Melayu yang saya perasan ialah
01:26Data daripada bahasa Melayu bagi saya masih lagi terhad
01:30Apabila saya menggunakan AI
01:32Saya perasan bahawa penggunaan tata bahasa
01:36Pemilihan kosa kata
01:38Masih lagi ada yang tidak menggunakannya dengan cara yang tepat
01:41Jadi dekat sini saya rasa penting untuk badan otoriti kita
01:45Iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menambah baik ataupun menambahkan lagi
01:49Data-data bahasa Melayu dalam sistem, dalam internet dan sebagainya
01:53Supaya AI ini dapat kumpulkan data-data kita dan kita akan dapat hasil AI
02:00Dalam bidang bahasa Melayu dengan lebih baik dan berkualiti
02:03Cuma itulah macam kalau kita tengok
02:05Sebab kadang-kadang bila saya gunakan AI untuk mencari rujukan tentang bahasa Melayu
02:10Kebanyakannya sumber datang daripada bahasa Indonesia
02:12Jadi itulah kekeliruan yang berlaku
02:14Jadi saya seru kepada semua badan otoriti bahasa Melayu
02:18Kita tambahkan lagi data kita dalam internet
02:21Supaya AI juga dapat serap bahasa kita dengan banyak
02:25Dan dapat membantu anak-anak yang betul-betul nak belajar bahasa Melayu
02:28Dengan cara yang betul dengan menggunakan kecedasan buatan ini
02:32Terima kasih
02:34Sampai jumpa di video selanjutnya
02:35Terima kasih
02:36Terima kasih
02:36Terima kasih
02:37Terima kasih
02:37Terima kasih
02:37Terima kasih
02:37Terima kasih

Recommended