00:00Baik, angkat tangan. Siapa pernah dengar ada yang beli MC palsu atau anda mungkin salah seorang yang tergolong.
00:09Bunyi macam jenaka tapi menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia atau MEF, lebih 4 juta pekerja di Malaysia.
00:19Pura-pura sakit. Pernah pura-pura sakit atau mendapatkan sijil cuti sakit MC secara tidak sah.
00:25di mana jumlah tenaga kerja Malaysia kini mencecah hampir 17.5 juta orang ataupun siara tepatnya 17.49 juta.
00:36Namun data ini menunjukkan satu tren yang membimbangkan. Kita lihat 26% pekerja pernah mengaku berpura-pura sakit bagi dapatkan
00:46MC.
00:47Manakada 57% majikan pula berdepan situasi pekerja mengambil cuti sakit tanpa alasan yang munasabah.
00:55Mengapa isu ini perlu diberi perhatian?
00:58Sebab MC ini bukan sekadar kertas untuk kita bercuti, untuk kita berehat di rumah.
01:04Ia merupakan satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan berdaftar dan diiktiraf di bawah Akta Kerja 1955.
01:13Dokumen ini berfungsi sebagai bukti seseorang pekerja itu benar-benar tidak sihat untuk menjalankan tugas,
01:21membolehkan mereka menikmati cuti sakit bergaji, serta melindungi mereka daripada tindakan disiplin kerana ketidakhadiran.
01:29Jadi apabila MC itu diperoleh secara tidak sah ataupun disalahguna, kesannya bukan hanya kepada majikan,
01:37malah turut menjejaskan produktiviti organisasi, kepercayaan antara majikan dan pekerja dan juga budaya kerja itu secara keseluruhannya.
01:49Kerana dalam era penggunaan EMC ataupun teleperubatan ini yang kita lihat semakin meluas,
01:57isu integriti inilah yang paling dipandang dalam penggunaan sijil cuti sakit menjadi semakin elemen yang penting yang perlu kita lihat.
02:04Kerana pada akhirnya MC bukan sekadar hak pekerja tetapi juga amanah yang perlu dipelihara.
02:12Terima kasih telah menonton!
Comments