Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Bagaimana institusi pendidikan tinggi boleh memainkan peranan sebagai pemangkin dalam membentuk generasi yang memahami hubungan antara kesihatan manusia, biodiversiti dan kelestarian alam? Diskusi 9 malam
Transcript
00:06Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya Zulfity Yusuf sama anda dalam Agenda Awani.
00:11Hari ini kita nak cerita mengenai hal yang berkaitan dengan kita sehari-harian.
00:16Walaupun frasa kata perubahan iklim itu besar untuk kita hadam dan juga untuk kita fahami bersama.
00:23Namun sehakikatnya perubahan iklim bukan lagi isu yang bersekitar kepada hal berkaitan dengan isu alam sekitar sahaja.
00:30Kerana hari ini semakin dirasai dalam kehidupan sehari-hari daripada cuaca yang begitu ekstrim sehinggalah kepada isu keselamatan makanan, kualiti
00:40udara hinggalah kepada kesan terhadap kesihatan fizikal dan juga mental masyarakat.
00:45Ini secara umumnya, secara generalnya.
00:47Dalam persoalan yang sama, dalam hal yang sama, kita bertanjikan soalan sejauh mana institusi seperti universiti dan juga mereka yang
00:56berada di Menara Gading bukan sahaja melahirkan ilmu tetapi juga turut memimpin perubahan.
01:01Dan Universiti Putera Malaysia insyaAllah akan tampil dan memperkenalkan UPM Planetary Health and Sustainability Blueprint.
01:09Ini adalah sebahagian daripada komitmen untuk membentuk masa depan yang lebih sehari dan juga sihat.
01:15Tapi kita nak faham juga apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan planet dan juga mengapa isu ini perlu menjadi agenda bersama,
01:22merentasi dasar penyelidikan dan juga gaya hidup masyarakat.
01:26Malam ini kita akan bincangkan bersama, saya cukup bersahati bersama dengan orang-orang hebat daripada Universiti Putera Malaysia.
01:31Malam ini saya bersama dengan Prof. Dr. Insinior Dr. Ahmad Fahad Muhammad SAW, Naib Chancellor Universiti Putera Malaysia.
01:39Dan juga turut bersama dengan kita ialah Prof. Dr. Zamri Sekawin, merupakan timbalan Naib Chancellor Penyelidikan dan Inovasi UPM.
01:46Terima kasih Prof. Dua kerana suri bersama kami di agenda awal ini pada malam ini bersama lagi.
01:50Prof, hari ini, pertamanya, mungkin kita dapat fahami Blueprint Planetary Health dan sebagainya and Sustainability Blueprint ini.
02:01mengapa UPM perlu ada perkara ini, sesuatu yang didokumentasikan dan juga kerangka besarnya, bila kita dengar cerita-cerita, susah ini.
02:10Tapi kaitan dengan masyarakat sebenarnya, ini real Prof.
02:12Bagaimana Dato' kita lihat pada hari itu?
02:14Terima kasih.
02:16Sebenarnya, bila kita di UPM mengeluarkan Blueprint ini, kita ingin mengenengahkan kekuatan UPM supaya kita dapat memberi impak kepada bidang
02:29yang kita terajui.
02:30Jadi, kita telah keluarkan Blueprint Keterjaminan Makanan dan kita mengharapkan warga UPM melalui Blueprint ini akan bergerak ke arah membantu
02:42menyelesaikan masalah tersebut.
02:44Dan kali ini, setelah dua tahun kita mengeluarkan Blueprint Keterjaminan Makanan, kita merasakan UPM mempunyai kekuatan untuk lebih daripada itu.
02:54sebab UPM kan dah bukan Universiti Pertanian sahaja, dah Universiti Putera.
02:58Jadi, dengan Universiti Putera itu sebenarnya kekuatan kita lebih menjangkaui pertanian dan Keterjaminan Makanan.
03:04dan kita melihat bahawa isu kesihatan planet ini adalah isu yang benar, yang telah mengganggu, sudah ada dah sekarang ni.
03:15Bukan lagi dahulu kita nampak masa hadapan, dia sudah ada.
03:1820-30, 20-50, 20-30.
03:20Kita dah rasainya.
03:22Jadi, kita terpanggil bagaimana Universiti Putera Malaysia boleh memainkan peranan yang lebih berimpak melalui semua aspek core bisnesnya
03:31untuk kita membantu menyelesaikan atau mengurangkan kompleksiti dan masalah berkaitan dengan kesihatan planet.
03:41Prof, boleh kita kata kesihatan planet ini adalah masalah yang kita hadapi sekarang, bukan lagi masa depan.
03:47Masa depan itu yang kita hadapi pada hari ini.
03:49Mungkin ada contoh yang perlu kita fahami, yang sudah pun berlaku.
03:53Tapi, masyarakat tidak mengaitkannya sebagai satu terma kesihatan planet.
03:57Ataupun bukan kaitkan dengan perubahan iklim, perubahan alam dan sebagainya.
04:00Bagaimana kita faham contohnya itu, Prof?
04:02Sebenarnya, perkara ini kalau dahulunya kita melihat kepada masa hadapan.
04:08Tetapi, kita ada kala je, kita macam tak percayalah.
04:12Tapi, sekarang ini kita lihat perubahan iklim itu telah memporak perandakan masa banjir dalam negara contohnya.
04:21Yang dahulunya mungkin kita lihat bulan-bulan tertentu sahaja musim tengkujur.
04:27Tetapi, sekarang ini sepanjang tahun dia dah, apa, cuaca itu tidak menentu dan sebagainya.
04:36Tapi, kalau kita perhalusi aspek kesihatan manusia, aspek ekosistem melalui mikroplastik contohnya.
04:45Itu juga adalah isu kesihatan planet.
04:47Dan, kita tahu bahawa mikroplastik sekarang ini sudah ada dalam badan kita melalui makanan-makanan yang kita ambil.
04:55Dan, ini semua adalah satu ekosistem yang kompleks dan amat berkait antara satu sama lain.
05:03Contohnya, bagaimana kita mengawal hutan sebagai sumber yang paling besar untuk mengawal perubahan iklim.
05:13Dan, bagaimana haiwan juga yang bergantung harap kepada hutan dan sistem-ekosistem tersebut.
05:21Dan, akhirnya kita juga dalam satu rantaian nilai yang sama.
05:25Jadi, keseluruhan ekosistem ini merupakan satu pendekatan yang kita ambil dalam konteks kesihatan planet.
05:34Berbeda dengan Sustainable Development Goal, yang kita ada 17 pilar tertentu ataupun matlamat tertentu.
05:43Tapi, bila kita cakap tentang kesihatan planet, kita sebenarnya merangkumkan ke-17-17 itu dalam satu ekosistem yang kompleks.
05:50Jadi, dia bukan satu perkara yang mudah difahami.
05:54Tapi, sebenarnya setiap individu mempunyai peranan.
05:58Sebab, tindakan kita akan memberi kesan kepada manusia lain.
06:03Tindakan kita juga boleh memberi kesan kepada tanaman-tanaman, tumbuh-tumbuhan dan flora dan fauna.
06:09Jadi, kita kena respect each other.
06:13Kita kena tahu peranan kita.
06:14Dan itulah konsep kesihatan planet yang agak kompleks, yang perlu difahami.
06:20Prof. Dr. Zamri, kalau kita lihat daripada kesihatan dan kesihatan awam khususnya,
06:26ramai yang mengatakan bahawa, khususnya pasca pandemik COVID-19,
06:31kita mungkin sedar bahawa ada beberapa penyakit dan juga virus yang berlaku.
06:35Mungkin tidak kita ketahui sebelum ini.
06:38Malah, kita juga perlu mengatakan bahawa kesihatan dan juga wabat yang mungkin boleh berlaku
06:43disebabkan perubahan iklim dan juga pencemaran yang berlaku.
06:47Hubung kaitnya ada.
06:48Tapi, itu menuntut kebijaksanaan saintifik, menuntut penyelidikan dan sebagainya.
06:54Bagaimana dalam aspek ini, UPM ada kepakaran, ada sesuatu yang perlu diterajui
06:58dan juga ada sedikit-sedikit solusinya di situ.
07:01Dalam aspek itu, bagaimana kebersediaan dan juga kita kaitkan juga dengan blueprint yang sedia ada ini?
07:06Terima kasih, Abdul.
07:08Jadi, perkara ini memang kesihatan planet itu memang kita kena lihat
07:11dari segi impak daripada kesihatan manusia.
07:15Dan, bila kita bercakap pasal kesihatan manusia ini, disebabkan oleh aktiviti manusia itu tersebut
07:23yang telah memberi impak kepada alam sekitar dan seterusnya,
07:29berlakulah penyakit-penyakit ini yang seperti yang Azul cakap ini, iaitu COVID-19.
07:33ia berlaku disebabkan oleh interaksi di antara manusia dan juga hawan liar,
07:40di mana sebab ekosistem hawan liar ini kita dah kacau, pokok dah tak ada dan sebagainya.
07:47Jadi, interaksi itu berlaku dan berlakulah penyakit zoonotik,
07:51iaitu penyakit yang disebabkan oleh hawan liar ini kepada manusia.
07:55Ini adalah trend yang kita lihat semakin meningkatlah tahun ke tahun.
08:01Sebelum ini pun ada juga penyakit zoonotik ini, iaitu contohnya SARS-CoV-1.
08:08Yang kita hadapi sebelum ini adalah SARS-CoV-2.
08:12Yang satu pun dah ada.
08:14Lepas itu influenza H1N1, yang itu pun adalah penyakit zoonotik.
08:18Jadi, kita lihat trend-trend begini akan meningkat dan pakar-pakar Pertubuhan Kesehatan Sordina pun telah memberi amaran
08:27bahawa penyakit zoonotik ini akan bertambah lagi.
08:33Dan negara-negara dikenaki untuk bersedia untuk menghadapi perkaraan ini.
08:37Jadi, bagi pihak Universiti Putra Malaysia pula, kita mempunyai kepakaran.
08:41Kami ini kira bertuah kerana memiliki kepakaran dalam bidang-bidang yang relevan.
08:50Yang kita, masalahnya kita panggil sebagai one health.
08:53Itu adalah istilah di mana terdapat isu-isu dari segi kesihatan manusia, kesihatan haiwan dan juga alam sekitar.
09:02Disekalikan dan dia punya penyelesaiannya pun bersekali.
09:07Jadi, kami pun punya pakar dalam bidang perubatan dan juga perubatan veterina iaitu ataupun sains haiwan dan juga pakar alam
09:14sekitar.
09:15Jadi, mereka sebenarnya melihat dari segi aspek-aspek bagaimana menangani masalah ini secara holistik.
09:24Bukannya doktor saja akan melawat pesakit ataupun pakar veterina saja melihat bagaimana binatang itu atau haiwan itu menyebarkan penyakit.
09:36Ataupun alam sekitar melihat itu.
09:38Jadi, kita sekalikan.
09:39Jadi, UPM mempunyai kepakaran tersebut.
09:42Dan di situlah kami bergerak secara kumpulan penyelidikan yang transdiscipline untuk menangani masalah kesihatan pelani.
10:06Prof, Dato, mungkin satu perkara itu terjelas kadangkala bukan kita tidak ada kepakaran atau tidak ada pengetahuan ataupun kajian.
10:13Tapi, untuk diletakkan dalam satu kelompok yang sama supaya kerja silo itu adalah kerja abad yang lepas.
10:22Tapi, dalam masa yang sama, ini juga destruktif era yang mana banyak maklumat kita terima dan kita tidak tahu nak
10:29bergerak di mana.
10:30Justru dengan adanya blueprint sebegini, dengan kepakaran dalam UPM sahaja dahulu.
10:34Ini saling melengkapi dan juga ekosistemnya sangat menyeluruh.
10:38Dalam aspek itu, bagaimana kita dapat gambarkan keupayaan dan juga kehebatan UPM dalam menerajui hal ini juga?
10:44Itulah pendekatan yang kita ambil sebenarnya sebab kita nak segala kenyataan masalah dalam penyelidikan itu perlu relevan.
10:56Dan, ada kalanya kalau kita memilih kenyataan masalah penyelidikan yang tidak relevan, akhirnya tiada siapa yang mendapat manfaat.
11:06Jadi, salah satu tujuan blueprint yang dikeluarkan ialah kita menggunakan kepakaran sedia ada untuk mengenal pasti apakah masalah-masalah utama
11:17yang perlu diselesaikan.
11:18Jadi, dengan cara tak langsung, penyelidik kita akan tersedia masalah-masalah yang memang memerlukan penyelidikan.
11:28Ada di antaranya penyelidikan yang berbentuk asas, very scientific yang kita kena buat fundamentalnya.
11:35dan dia berpandangan jauh.
11:37Tetapi, ada yang low hanging fruits yang kita dah jumpa sesuatu tetapi akhirnya kita halakan kepada masalah utama yang diperlukan.
11:46Dan, bila kita menggabungkan saintis dan juga pihak yang menggunakan, macam doktor-doktor contohnya, dia dah tahu apa yang diinginkan.
11:56Dan, akhirnya kita juga menggunakan masyarakat. Masyarakat juga penting.
12:00Kerana, banyak daripada isu kesihatan planet ini memerlukan penlibatan masyarakat.
12:06Dapatan awam.
12:07Betul, dan tindakan awam.
12:09Sebab, kebanyakan the culprit ataupun the solution itu datang daripada masyarakat.
12:15Dan, of course, bila kita cakap tentang masyarakat, termasuk juga pihak kerajaan, pihak berkuasa, yang mengeluarkan dasar, dan penguatkuasaan.
12:24Jadi, penggabungan ini diterjemahkan dalam blueprint tersebut.
12:30Dan, kalau kita lihat dalam blueprint ini, dia merangkumi semua aspek itu.
12:33Dan, insyaAllah, kita juga blueprint untuk kesihatan planet dan kelestarian ini juga ada keunikannya.
12:40kerana we have to walk the talk.
12:42UPM perlu menjadi sebuah kampus yang menggambarkan kelestarian planet atau kesihatan planet yang positif.
12:50Jadi, kita juga kena bangunkan dasar.
12:53Kita juga kena mengubah set minda.
12:55Kita juga kena mengubahkan akhlak dan tindakan.
12:58Yang akhirnya, komuniti dalaman universiti akan merasai bahawa kampus itu juga melambangkan satu kesihatan planet yang positif.
13:08dalam apa yang kami boleh kawal.
13:11Macam mana buat itu, Prof?
13:12Kerana dalam hal juga, inilah pembudayaan.
13:15Pemahaman akan diterjemahkan kepada pembudayaan dan itu akan dihad kepada gaya hidup daripada,
13:19bukan sahaja daripada warga kampus, tapi daripada golongan petakbir, pekerjaan dan sebagainya.
13:24Semuanya.
13:24It's a change of mindset.
13:25Jadi, macam mana kalau kami masuk ke UPM, oh, ini nampak pembudayaan.
13:29Harapan je begitu.
13:30Bagian itu.
13:31Daripada sikit dasar sebenarnya.
13:32Dia sebenarnya bermula daripada perancangan.
13:33Perancangan kita, sebenarnya pergerakan yang kita mulakan untuk kesihatan planet ini telah bermula hampir lebih daripada setahun yang lepas.
13:41Jadi, dalam penggubalan blueprint ini, kita melibatkan pelbagai pihak dan pelbagai lapisan.
13:47Dan maknanya, the buying in itu telah bermula.
13:49Dan bulan ini, bulan Jun ini juga adalah kami namakan sebagai Bulan Sinergi Putera UPM 2026.
13:57Kerana kita ingin menggambarkan keupayaan dan harapan kejayaan blueprint keterjaminan makanan yang telah keluar dua tahun dan apa impak yang
14:08telah kita berikan.
14:09Dan kita gunakan bulan ini untuk lakukan pelbagai aktiviti supaya warga dan semua yang terlibat pemegang taruh memahami bahawa inilah
14:19yang telah UPM lakukan.
14:21Dan ini amat penting kerana bila kita keluarkan sebuah blueprint ini, kalau warganya sendiri tak faham dan tak ambil endah,
14:32bagaimana dia nak bergerak.
14:34Jadi, sebahagian daripada strategi kami memang menekankan dari segi keperlataan, cascading down.
14:43Dan ini digunakan dalam pelbagai kaedah melalui governance pusat tanggungjawab.
14:51Kita memastikan ketua pusat tanggungjawab memainkan peranan.
14:55Tetapi juga menggunakan kaedah umum supaya semua warga, staff dan juga pelajar.
15:00Terutamanya, pelajar ini amat penting kerana pelajar juga akan menjadi alumni.
15:05Dan alumni itulah akan menjadi duta bukan sahaja UPM tetapi duta keterjaminan makanan dan duta kesehatan planet.
15:13Yang kita harap akan membantu negara.
15:17Tapi, Pram Zambi, dah satu hal juga, seringkali bagaimana kita nak melihat solusi itu adil.
15:23Dan juga itu diterjemahkan daripada kajian saintifik dan juga kepakaran yang ada di universiti.
15:27Tapi, untuk melepasi tembok universiti, melepasi birokrasi itu, kadangkala agak sukar.
15:34Bukan tidak boleh tapi ianya mungkin memiliki masa.
15:37Bagaimana dengan ada blueprint ini?
15:38Ini memberikan akses yang bukan sahaja kepada warga di universiti tapi kepada pihak industri dan juga mereka yang berada di
15:45luar sana.
15:46Yang berkepentingan dalam isu kesihatan dan sebagainya.
15:49Oh, solusi itu ada di UPM dan itu boleh terus digunapakai.
15:52Kerana dalam hal kita melihat kepada isu perubahan iklim, kesihatan planet dan sebagainya, kadangkala itu menuntut penyelesaian yang pantas.
15:59Tidak boleh tunggu uji kehaji dan sebagainya.
16:02Bagaimana itu akan memudahkan lagi sebenarnya?
16:04Ya, blueprint ini sebenarnya memudahkan penyelidik kita untuk mengetahui kat mana sebenarnya fokus-fokusnya apakah isu-isu yang kita hadapi
16:12di negara kita dan juga di peringkat global ini.
16:15supaya penyelidik kita ini boleh fokus pada mission tersebut, problem tersebut dan mereka sebenarnya tidak boleh silo, tidak boleh bekerja
16:28dalam kelompok universiti sahaja.
16:31Mereka kena ada interaksi dengan kementerian-kementerian yang tertentu, agensi-agensi yang tertentu dan digalakkan untuk sama-sama menyelesaikan masalah
16:41itu.
16:42Bukannya daripada universiti sahaja dan ini penyelesaian dia dan terus pergi kepada kementerian berkenaan.
16:49Sepatutnya adalah kita kena lihat dari segi kerjasama antara agensi, kementerian tersebut dengan penyelidik-penyelidik kita bagaimana kita nak melihat
17:00perkara ini
17:00sebab universiti ini adalah mereka melihat dari segi penyelidikan dan mungkin teori dari segi cara menyelesaian.
17:08Tetapi di peringkat agensi pula dan kementerian mereka melihat dari segi praktikaliti, dari segi perubahan polisi yang diperlukan dan sebagainya.
17:16Jadi perlu ada kombinasi kedua-dua ini dan blueprint ini insyaAllah akan boleh menggalakkan lagi kerjasama di antara penyelidik dan
17:25juga agensi luar.
17:26Prof. Atok bagaimana kita melihat ini bukan sahaja solusi tapi juga pengkayaan sumber dan juga hasil juga kepada universiti akhirnya.
17:35Kerana itu yang dimahukan. Kerana kita melihat kepada institusi pengajian tinggi itu bukan sekadar mengalahkan modal insan, ilmu dan sebagainya
17:42tapi mendatangkan kekayaan, keuntungan juga. It comes to money dan sebagainya. Bagaimana dalam konteks tersebut?
17:49Memang UPM juga kita mengeluarkan pelbagai produk dan teknologi. Itu juga satu ruang untuk kita bawa ke masyarakat
18:01melalui proses pengkomersialan produk kita supaya produk-produk kita akhirnya ada tempatnya.
18:07Dan di sinilah penyelidik kita kerana perjalanan untuk inovasi itu agak lama.
18:13Tetapi kalau kita tahu inilah keperluan negara dan kalau kita bijak dalam melatakan kita punya pelan itu,
18:22insyaAllah akhirnya dia akan mendapat tempat. Di sini industri juga amat penting.
18:28Dan Alhamdulillah di UPM kita punya pattern-pattern yang digunakan untuk pengkomersialan ini
18:36kadar suksesnya amat baik. Alhamdulillah. Dan kita ada startup untuk tujuan itu.
18:42Dan ada di antara produk kita pun telah mendapat dana daripada seluruh dunia untuk dikembangkan
18:48daripada startup yang diperingkat UPM kepada satu masyarakat. Syarikat yang besar.
18:55Tetapi semuanya bermula kepada pemilihan masalah yang ingin diselesaikan.
19:00Itu kepentingannya. Dan kita juga tak nak undermine the importance of bahagian akademik.
19:08Sebab ilmu yang kita bawa, penyelidikan yang kita lakukan itu perlu diterjemahkan kepada ilmu yang kita berikan kepada pelajar.
19:16Dan pelajar ini bukan sahaja pelajar dalaman. Kita juga memberikan ilmu ini kepada practitioner.
19:25Sebab dalam definisi kita sekarang ini bukan pelajar yang kita kenal sahaja. Pelajar ini boleh menjadi pemain industri.
19:32Mereka mungkin menjadi petani. Mereka mungkin menjadi agensi kerajaan yang membuat dasar.
19:38Jadi definisi kita memberi ilmu dalam pembangunan kapasiti juga telah diubah dalam konteks universiti dan juga dalam konteks RPTM,
19:48Rancangan Pendidikan Tinggi Negara juga. Kita mendefinisikan pelajar itu bukan sahaja pelajar yang lepas matrikulasi STPM itu.
19:58Dia keseluruhan.
20:00Kita ini kan itu juga dalam lifelong learning. Jadi semua ini pengalaman yang kita hadapi ada yang baik, ada yang
20:08kurang baik, ada yang gagal.
20:10Tetapi itu menjadi ilmu yang kita gunakan untuk membangunkan kapasiti negara.
20:14Itu adalah memang fungsi universiti dan insyaAllah UPM melalui blueprint ini kita ingin mengayakan ilmu itu dan menggunakan pengalaman ini
20:27untuk membantu semua pihak insyaAllah.
20:29Kadang-kadang saya ingin berganjak kepada perkara yang paling asas Prof. Zamri.
20:33Kerana universiti benar tempat keserjanaan tapi akhirnya kita lihat kepada pembudayaan dan juga membantu masyarakat untuk berfikir dan juga mengaitkan
20:42antara satu sama lain.
20:44Bila kita mulakan diskusi kita, kita mengatakan bahawa kesihatan planet ini macam perkara yang sukar tapi kadang-kadang solusi itu
20:50datang dalam masyarakat.
20:51Bagaimana kita nak connect, itu tugas universiti dan juga tugas kita juga dengan blueprint ini untuk menghubungkan dengan masyarakat.
20:57Bagaimana individu, step individu walaupun paling kecil tapi mereka boleh membantu untuk penjagaan alam sekitar, mengurangkan impak global warming dan
21:07juga dalam masa lalu menjamin kesihatan awam secara keseluruhan.
21:11Tugas besar, nampak mudah tapi besar sebenarnya.
21:14Betul, betul. Saya sangat setuju.
21:16Jadi satu perkara yang kita telah tekankan kepada penyelidik kita atau penyelidik kita adalah mereka dikendaki untuk berinteraksi dengan komuniti
21:28secara direct.
21:29Di mana mereka pun akan membawa pelajar-pelajar kita untuk salah satunya adalah untuk memberi pendidikan kepada komuniti tersebut mengenai
21:38penjagaan alam sekitar dan sebagainya.
21:42Dan juga yang kedua kadang-kadang kita buat knowledge transfer. Maksudnya penyelidikan yang kita ada di universiti dan juga kepakaran,
21:50kita akan ajar contohnya komuniti tersebut bagaimana untuk harvest air hujan.
21:58Air hujan itu, mana ada air hujan. Ada teknik dia macam mana. Dan kegunaan kompos. Macam mana kita nak membuat
22:07sisa makanan menjadi kompos.
22:09Yang ini adalah kepakaran di peringkat universiti dan juga kita ajar pelajar-pelajar kita supaya mereka juga boleh mengajar masyarakat
22:17kita.
22:18Macam mana kita nak menjaga alam sekitar dan juga mengurangkan pencemaran.
22:22Jadi di situ adalah peranan yang sangat penting untuk universiti. Bukan kita di Menara Gading sahaja. Tetapi kita juga sebenarnya
22:30ada interaksi dengan komuniti.
22:35Dan interaksi itu kadang-kadang banyak juga local wisdom yang kita ketahui daripada masyarakat.
22:39Betul.
22:39Dalam aspek itu. Kerana kadang-kadang mungkin kita silo dengan penyelidikan.
22:43Kita juga belajar.
22:44Ya, itu saya nak tambah sikit. Dalam kita berinteraksi dengan komuniti itu, kita pun sebenarnya belajar apa masalah mereka.
22:51Dan kadang-kadang kita lihat dari segi teori saja, oh macam ini dia punya masalah.
22:55Tapi bila kita dapat interaksi secara langsung, kita akan belajar, oh di sini dia punya masalah.
23:01Kenapa mereka membuang sampah contohnya dalam sungai?
23:04Mesti ada, bukan disebabkan sikap-sikap saja, mungkin fasiliti tak ada dan sebagainya.
23:10Jadi di situ penyelesaian mungkin bukan satu saja, dia kena penyelesaian secara holistik.
23:17Dalam masa yang sama, mungkin saya ada berbaki dalam tiga minit perbincangan kita.
23:21Prof. Datuk, bagaimana kita melihat bahawa ini adalah satu asas supaya akhirnya kita gerak kerjanya dalam landasan yang sama?
23:30Dalam aspek ini bagaimana untuk kita sahabat?
23:32Tadi kita mengharapkan seluruh warga universiti, Universiti Putra untuk sama-sama dalam hal ini.
23:36Tapi dalam masa sama, bagaimana kita melihat bahawa projection kita ke tahap mana dengan blueprint ini?
23:41Kita meletakkan beberapa penunjuk dalaman untuk kita ukur sama ada apa yang kita cuba buat ini akan menepati matlamat yang
23:53kita letakkan.
23:54Tetapi kita juga perlu ada penunjuk-penunjuk yang diperingkat yang lebih luas.
24:00Contohnya tadi kita cakap tentang dalam kampus.
24:02Jadi kita boleh memantau keadaan dalam kampus.
24:06Kesejahteraannya.
24:08Plan strategi UPF juga menekankan kepada kesejahteraan warga.
24:12Ini adalah satu daripada komponen kesehatan planet.
24:15Sebab kesejahteraan warga ada kaitan yang amat direct kepada kesejahteraan planet.
24:23Dan itu juga kita ukur.
24:25Jadi tetapi kita juga ingin melihat sejauh mana hasil-hasil penyidikan kita, graduan-graduan kita yang akan menjadi champion peneraju
24:38dalam aspek kesejahteraan planet ini di peringkat negara.
24:42Sama ada secara tak langsung melalui industri ataupun mungkin menjadi pemimpin-pemimpin pada masa hadapan.
24:48Dan ini of course kita tak akan dapat jangka secara keseruhannya tetapi kita mengharapkan moto UPM itu berilmu berbakti itu
24:56akan dapat mencerminkan usaha UPM yang kecil ini dalam konteks blueprint ini.
25:02Akhirnya benar-benar menjadikan warga UPM dan ambassador yang hasil daripada graduan kami ini sebagai alumni nanti akan terus berilmu
25:10berbakti.
25:11Tetapi dalam isu kesejahteraan planet, kita memiliki partnership yang bukan sahaja daripada peringkat kesejahteraan universiti lain tapi di peringkat antarabangsa
25:18juga.
25:19Betul, betul.
25:19Kerana global warming tidak ada sempadan geografi dan sebagainya.
25:24Jadi dalam aspek itu bagaimana kesediaan dan juga mungkin ada rakan-rakan yang daripada universiti lain dan juga yang di
25:30peringkat antarabangsa yang sudah pun berkolaborasi bersama dengan UPM dalam blueprint ini.
25:33Kita memang, kita memang bekerja dalam satu kumpulan. Jadi in fact blueprint keterjaminan makanan dulu kita sudah ada satu nexus
25:42keterjaminan makanan.
25:43Jadi dalam hal ini kita tahu ada semua universiti sebenarnya menekankan terhadap kelestarian.
25:49Masing-masing ada dasar kelestarian dan dasar hijaunya. Cuma dengan adanya blueprint ini mungkin dia lebih tersusun.
25:57dan kita amat terbuka dan seboleh mungkin kita memang bekerjasama dengan semua pihak.
26:04Dan memang betul masalah ini tak boleh diselesaikan oleh UPM sahaja.
26:08Dia memerlukan penglibatan semua pihak.
26:10Bukan sahaja universiti tetapi pihak kerajaan, dasar dan akhirnya masyarakat serta industri.
26:15Saya mungkin ada beberapa minit, satu minit setengah lebih kurang.
26:18Tapi mungkin Prof Zamri bagaimana satu motivasi kepada warga UPM khususnya golongan pendidik dan juga tim dalam blueprint ini.
26:27ini juga untuk lebih giat lagi, lebih ada motivasi untuk melebarkan lagi pemahaman dan juga kajian dan sebagainya dalam hal
26:35ini.
26:36Bagaimana?
26:36Salah satu motivasi untuk penyelidikan dan inovasi ini kita lihat bagaimana penyelidikan kita ini lambat laun akan diterjemahkan menjadi impak
26:46kepada masyarakat.
26:47dan akan merubah masyarakat itu kepada kebaikan dan juga membantu meningkatkan ekonomi negara dan mengurangkan pencemaran di beringkat negara.
26:57So yang itu merupakan satu motivasi sebenarnya kepada penyelidik-penyelidik.
27:02tetapi untuk mencapai tersebut mereka kena tahu kat mana nak buat penyelidikan yang mana satu dia nak fokus.
27:08Jadi di sini ada peranan blueprint ini lah untuk memberi panduan kepada penyelidik kita untuk fokus dan khidmat selamatnya adalah
27:18memberi impak kepada masyarakat dan negara.
27:21Prof. Mungkin saranan ataupun seruan untuk warga dan juga di luar warga UPM juga?
27:27Satu kita tahu bahawa kita semua ada peranan dan ini adalah masalah yang benar lah bukan lagi satu dongeng-dongeng
27:34bukan mitos sahaja.
27:35Bukan mitos sahaja.
27:35Bukan mitos sahaja.
27:37Impak yang dipermati sekarang.
27:38Dan kita kena bertanggungjawab.
27:41Itu satu perubahan sikap dan perubahan masyarakat yang perlu kita lakukan dan sebagai sebuah universiti kita ada peranan dan kita
27:50mengharapkan warga UPM dan warga universiti memainkan peranan tersebut dan dihargai.
27:56Kadang-kadang kita kurang dihargai itu mungkin kegagalan kita untuk memilih isu-isu dan masalah sebenar masyarakat.
28:05Dan apabila kita membuat perkara itu dan kita melakukannya dengan bijak dan baik akhirnya insyaAllah kita juga dihormati dan akhirnya
28:13universiti bersama masyarakat bersinergi dalam menyelesaikan masalah kita bersama.
28:18InsyaAllah.
28:19Tahniah.
28:19All the best.
28:20Harap ni UPM Planetary Health dan Unsustainable Pupil ini bermanfaat kepada kita semua dan juga menjadi rujukan juga kami di
28:26media dan sebagainya.
28:28Terima kasih saya ucapkan kepada Prof. Dr. Zamri Sekawi di Baladat Chancellor Penyelidikan dan Inovasi UPM dan juga terima kasih
28:35juga kepada Prof. Insinia Dr. Ahmad Fahad Muhammad SAW kerana bersama kami dalam agenda awan ini pada malam ini.
28:42Terima kasih kepada anda yang menonton.
28:44Semoga perbincangan ini beri menafaat kepada kita bersama.
28:47Semoga sekiranya kita ada krisis, kita berdepan dengan masalah, solusinya ada tapi tinggal lagi rujukan juga.
28:53boleh dilakukan di tempat yang betul.
28:54Sekian saja perbincangan kami di agenda awan ini untuk malam ini.
28:57Assalamualaikum.
28:58Salam sejahtera.
28:58Jumpa lagi.
Comments

Recommended