Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Harga petrol tanpa bersubsidi Pertamax RON92 di Indonesia meningkat kira-kira 32 peratus kepada 16,250 rupiah (kira-kira RM3.64) seliter daripada 12,300 rupiah, berkuat kuasa hari ini, sekali gus menandakan kenaikan harga pertama dalam tempoh beberapa bulan.
Transcript
00:00Indonesia menaikkan harga petrol tanpa subsidi Pertamax RON92 sebanyak kira-kira 32% dalam pelarasan pertama selepas beberapa bulan harga
00:10bahan api itu dikekalkan.
00:12Harga baru Pertamax ditetapkan pada RM16,250 atau sekitar RM3.64 se-liter berbanding RM12,300 sebelum ini.
00:25Kenaikan turun melibatkan Pertamax Skrin 95 yang meningkat kepada RM17,000 se-liter daripada RM12,900 sebelum ini.
00:34Bagaimanapun harga bahan api bersubsidi Pertamax RON90 dan Biosolar kekal tidak berubah masing-masing pada RM10,000 dan RM6,800
00:43se-liter.
00:45Setiausaha korporat PT Pertamina Patraniaga, Robert M. V. Dumatubun berkata,
00:49pelarasan harga dibuat berdasarkan formula penetapan harga yang ditetapkan kerajaan selepas melalui proses penilaian menyeluruh.
00:58Pertamina turut memberi jaminan bahawa bekalan Pertamax dan Pertamax Skrin kekal mencukupi serta tersedia di seluruh rangkaian stesen minyak syarikat
01:06itu.
01:07Sementara itu, harga bahan api bukan bersubsidi lain kekal tidak berubah, termasuk Pertamax Turbo RON98, Dex Light dan Pertamina Dex.
Comments

Recommended