Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
PETRONAS mengekalkan kedudukannya sebagai jenama paling bernilai di Malaysia bagi tahun ke-16 berturut-turut meskipun berdepan persekitaran operasi global yang semakin mencabar.
Transcript
00:00Petronas terus mengekalkan kedudukannya sebagai jenama paling bernilai di Malaysia bagi tahun ke-16 berturut-turut meskipun berdepan persekitaran operasi
00:09global yang semakin mencabar.
00:12Menurut laporan Malaysia 102,026 yang diterbitkan oleh Brand Finance, nilai keseluruhan 100 jenama teratas negara meningkat 5% kepada
00:23RM62.2 bilion atau lebih RM252 bilion.
00:31Petronas kekal mendahului senarai dengan nilai jenama 13.8 bilion dolar Amerika walaupun mencatatkan penurunan 4% berbanding tahun lalu.
00:40Prestasi itu disokong oleh asas operasi yang kukuh, pengembangan aktiviti huluan serta pelaburan berterusan dalam inisiatif peralihan tenaga jangka panjang.
00:48Sementara itu Genting melonjak ketangga kedua sebagai jenama paling bernilai di Malaysia dengan peningkatan nilai jenama sebanyak 23% kepada
00:56RM6 bilion dolar Amerika.
00:58Maybank pula mengekalkan kedudukan ketiga dengan nilai jenama meningkat 4% kepada RM5.4 bilion dolar Amerika, dipacu pertumbuhan pendapatan
01:07yang stabil serta pengurusan kos yang berdisiplin.
01:11Beliau berkata ketika Malaysia mempercepat pelaburan dalam teknologi, peralihan tenaga dan integrasi perdagangan serantau, jenama tempatan mempunyai peluang lebih besar
01:19untuk mengukuhkan daya saing di peringkat global.
01:22Laporan itu turut menamakan Westport dan MISC sebagai antara jenama yang perlu diberi perhatian tahun ini, susulan peningkatan kepentingan sektor
01:31logistik, maritim dan infrastruktur tenaga negara.
Comments

Recommended