00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu diberikan majlis sambutan rasmi di Pejabat Perdana Menteri Jepun di Tokyo bersempena
00:07dengan lawatan rasmi pertama beliau ke negara itu.
00:10Sejurus tiba, Anwar disambut rakan sejawatnya, Sani Takahichi dan diberikan kawalan kehormatan diiringi lagu kebangsaan Malaysia dan Jepun.
00:19Anwar kemudiannya diperkenalkan kepada Menteri-Menteri Kabinet Jepun dan para pegawai kanan kerajaan sebelum Perdana Menteri memperkenalkan delegasi Malaysia kepada
00:30Takahichi.
00:31Selepas majlis tersebut, kedua-dua pemimpin mengadakan mesyuarat dua hala untuk membincangkan perkara kepentingan bersama dan kerjasama serantau.
00:40Kunjungan itu merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke Jepun sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 pada November 2022.
00:48Hubungan Malaysia-Jepun yang telah terjalin sejak sekian lama terus diperkukuh menerusi kerjasama strategik melibatkan bidang ekonomi, pelaburan, teknologi, tenaga
00:59serta pembangunan industri bernilai tinggi.
Comments