Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Hakim Nurulhuda Nur'Aini Mohamad Nor berkata, mahkamah berpendapat tiada merit untuk pasport berkenaan terus ditahan kerana dakwaan pengingkaran kehadiran tidak dibuktikan sehingga boleh dikaitkan sebagai risiko pemohon melarikan diri sekiranya pasport itu berada dalam simpanannya.
Transcript
00:00Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan anak perempuan kepada Olyarham Tun Daim Zainuddin untuk mendapatkan paspor antarabangsa secara
00:08kekal.
00:09Hakim Nurul Huda Nurani Muhammad Nur memutuskan demikian selepas mendengar hujahan timbalan pendakwa raya Nidzuan Abdul Latif dan Peguam Rajesh
00:19Nagarajan yang mewakili asnida pada proseding semakan kes.
00:24Hakim dalam keputusannya berkata, mahkamah berpendapat tiada merit untuk paspor berkenaan terus ditahan kerana dawaan pengingkaran kehadiran tidak dibuktikan sehingga
00:36boleh dikaitkan sebagai risiko pemohon melarikan diri sekiranya paspor itu berada dalam simpanannya.
00:42Hakim Nurul Huda menambah, tiada justifikasi untuk menganggap pemohon mempunyai risiko melarikan diri hanya kerana paspor tersebut dikembalikan dan berada
00:51di bawah kawalannya.
00:52Terdahulu, Nidzuan berkata pihak pendakwaan membantah permohonan itu kerana terdapat risiko pemohon melarikan diri.
01:01Ia kerana sebelum ini, asnida tidak hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi diambil keterangan.
01:08Bagaimanapun, Rajesh berkata, walaupun pemohon kerap ke luar negara untuk urusan perniagaan, ia tidak bermaksud pemohon berisiko melarikan diri.
01:17Pada 7 April lepas, asnida mengaku tidak bersalah di Mahkamah Stesen Kuala Lumpur atas pertuduhan dengan sengaja memberikan satu pernyataan
01:27bertulis bersumpah
01:28yang tidak mematuhi terma notis di bawah Seksyen 36-1-B Akta SPRM 2009 Akta 694 bertarikh 8 November 2023.
Comments

Recommended