Skip to playerSkip to main content
  • 41 minutes ago
Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman kini mengambil alih siasatan berhubung penularan video persembahan teater yang didakwa mempersendakan lima prinsip Rukun Negara serta mengandungi kenyataan berunsur perkauman. 

Category

🗞
News
Transcript
00:00Unit Siasatan Jenayah Terkelas, USJT, Jabatan Siasatan Jenayah JSJ, Bukit Aman kini mengambil alih siasatan berhubung penularan video persembahan teater
00:10yang didakwa mempersendakan lima prinsip perukun negara serta mengandungi kenyataan berunsur perkawangan.
00:17Dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Fadhil Marsus mengesahkan laporan pertama mengenai kes berkenaan dibuat di Balai Polis Jalan Turazak
00:24di bawah pentadbiran IPD Wang Semaju pada pukul 8.30 malam Jumaat.
00:32Menurutnya laporan dibuat seorang pengadu yang mengesan klip video persembahan pentas itu dibuat naik di sebuah akaun Instagram sebelum dipercayai
00:39dipadamkan dan dikongsikan semula oleh seorang pengguna Facebook.
00:42Beliau berkata siasatan kes akan dijalankan sepenuhnya oleh USJT Bukit Aman dan pihaknya menjangka beberapa lagi laporan polis berhubung isu
00:50sama akan dibuat di seluruh negara.
00:52Paparan video perdurasi kira-kira 10 minit itu menunjukkan 5 pelakon membacakan setiap prinsip rukun negara yang diselangi dengan sindiran
01:00sinis serta kenyataan yang boleh menyentuh sensitiviti perkawaman.
01:05Hasil penelitian awal mendapati kandungan video berkenaan berpotensi menimbulkan kebesaran awam, spekulasi dan menjejaskan kelentraman dan keharmonian masyarakat.
01:14Berdasarkan semakan, kumpulan teater fizikal antara budaya berkenaan ditubuhkan oleh seorang koreografer tempatan dan berpangkalan di Malaysia serta London United
01:23Kingdom.
01:25Klip berkenaan dipercayai merupakan rakaman pementasan teater yang pernah dipersembahkan pada 2018 sebelum dimuat naik semula oleh kumpulan itu sempena
01:33sambutan Hari Malaysia baru-baru ini.
Comments

Recommended