00:00Cadangan penubuhan zon ekonomi SIBU ZES bakal menjadi platform utama bagi menyelaraskan transformasi ekonomi bandar itu serta menarik pelaburan baru.
00:10Timbalan Premier Sarawak Dato' Ahmad Dato' Sim Kuihian berkata ZES yang disokong peruntukan awal sebanyak RM1.5 bilion memberi penekanan
00:19kepada pelaburan, sektor perkhidmatan dan peluang pekerjaan bernilai tinggi.
00:25Ujarnya, pembangunan SIBU juga akan disokong oleh jaringan perhubungan dan kapasiti perindustrian yang lebih kukuh, termasuk cadangan pembinaan Jambatan Tebing
00:33Barat dan Taman Perindustrian SIBU yang dijadualkan siap pada 2029.
00:38Dr. Sim berkata demikian dalam ucapan pada Mesyuarat Agong Tahunan 2026 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Sarawak ACCCIS di
00:48SIBU pada Sabtu.
00:49Tambahnya, Sarawak sedang memasuki fasa penting dalam transformasi ekonominya yang memerlukan negeri itu bergerak melangkaui industri tradisional dan membangunkan sektor
00:59baharu, disamping memperkukuh keupayaan dalam aspek pengetahuan dan teknikal.
01:05Antara bidang yang dikenalpasti berpotensi untuk pertumbuhan pada masa hadapan ialah tenaga boleh diperbaharui dan tenaga hijau, semikondukta, penjagaan kesihatan,
01:14pendigitalan serta industri berkaitan teknologi.
01:16Dr. Sim turut menyeru sektor swasta agar memainkan peranan lebih besar dalam menerjemahkan dasar kerajaan, infrastruktur dan platform pembangunan kepada
01:26pelaburan sebenar, aktiviti perniagaan serta peluang pekerjaan.
01:30Terima kasih.
01:31Terima kasih.
Comments