Skip to playerSkip to main content
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Foo berkata DAP menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, termasuk keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

Namun, DAP berpandangan pelaksanaan tahanan rumah bagi individu yang disabitkan kesalahan jenayah sebelum ini tidak mempunyai peruntukan undang-undang khusus atau sejarah pelaksanaannya di Malaysia.

#AWANInews
Transcript
00:00DAP menghormati bahawa kuasa pengampunan yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipertikaikan
00:07Kita menghormati kuasa yang di-Pertuan Agong untuk membuatkan keputusan berkenaan dengan pengampunan separuh terhadap Datuk Seri Najib
00:21Iaitu meletakkan di bawah tahanan rumah
00:24Walaupun kita berpandangan bahawa dalam negara kita ini tidak ada peruntukan undang-undang
00:32Ataupun tidak pernah ada presiden berkenaan dengan mana-mana satu kes jenayah, kes rasuah yang disabihkan
00:41Diletakkan di bawah tahanan rumah
00:43Namun begitu kita menghormati kuasa yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan tersebut
Comments

Recommended