00:00Majlis Perbandaran Kajang MPKJ mengesahkan telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap struktur binaan di Sungai Tekali Hulu Langat yang tular di
00:10media sosial selepas didapati dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan.
00:15MPKJ dalam satu kenyataan juga menyatakan bahawa semakan mendapati pembinaan tersebut melibatkan Lot 217, Lot 218 serta sebahagian tanah kerajaan
00:27yang merupakan Rizab Sungai Berhampiran Kampung Kenangan 18, Sungai Tekali, Mukim Hulu Langat.
00:35Jelas MPKJ berdasarkan rancangan tempatan MPKJ Selangor 2035, Pengubahan 2, kawasan berkenaan telah dizonkan untuk kegunaan perumahan.
00:47Bagaimanapun, tiada sebarang permohonan dikemukakan melalui sistem One Stop Center OSC 3.0 Plus Online MPKJ yang melibatkan kebenaran merancang
00:57plan infrastruktur serta plan bangunan bagi pembinaan di lokasi tersebut.
01:01Sehubungan itu, pembinaan bangunan tersebut yang dibangunkan di kawasan berkenaan telah disahkan dibuat tanpa kelulusan pihaknya.
01:10Tambah kenyataan itu, MPKJ telah menjalankan operasi penguangkuasaan bersama agensi berkaitan selain mengeluarkan notis serta arahan di bawah peruntukan Akta
01:20Jalan, Parit dan Bangunan 1974 Akta 133.
01:24Sesudahan itu, MPKJ menegaskan komitmen untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain dalam mengambil tindakan tegas terhadap sebarang pelanggaran undang-undang
01:34dalam kawasan pentadbirannya.
01:36Pada 9 Jun lalu, media melaporkan kewujudan sebuah struktur seakan-akan flat 4 tingkat yang didakwa dibina secara tidak sah
01:44di kawasan terpencil di Sungai Kali Hulu Langat.
Comments