00:00Lebih banyak bonggol jalan perlu dipasang di laluan genting Highlands bagi mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan
00:09raya.
00:10Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Singh berkata, langkah itu diberi perhatian khusus terutama di kawasan kritikal
00:18termasuk laluan keluar masuk utama Pusat Peranginan Berkenaan.
00:23Beliau berkata, terdapat keperluan mendesak untuk menyemak semula dan menyegerakan pelaksanaan lebih banyak langkah pemantauan berteknologi bagi meningkatkan pengurusan keselamatan
00:34jalan raya.
00:36Menurut Tiong, cadangan pemasangan kemudahan perangkap laju sebelum ini pernah dikemukakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ namun belum dapat dilaksanakan
00:45kerana laluan tersebut merupakan kawasan persendirian.
00:49Beliau bagaimanapun menegaskan status pemilikan jalan tidak seharusnya menjadi halangan kerana ia melibatkan keselamatan pelancong dan juga orang awam.
00:59Menurutnya, pihak pengurusan Genting Highlands diharap dapat bekerjasama dengan kerajaan dan agensi penguatkuasa dalam melaksanakan penambahbaikan keselamatan demi kepentingan awam.
01:11Tiong turut menegaskan bahawa keselamatan pelancong dan reputasi industri pelancongan negara perlu menjadi keutamaan bersama.
01:17Beliau berkata, langkah proaktif perlu diambil bagi memastikan kelemahan dikenalpasti dan ditangani segera bagi mengelakkan insiden berulang.
01:27Perbincangan lanjut akan diadakan bersama pihak pengurusan Genting Highlands bagi mendapatkan gambaran lebih menyeluruh mengenai status keselamatan jalan raya di
01:36kawasan berkenaan.
01:37Terima kasih kerana menonton!
Comments