00:00Ratusan gegaran terus melanda selatan Filipina selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitude melanda pulau Mindanao, mengorbankan sekurang-kurangnya 37
00:11orang dan mengakibatkan hampir 500 penduduk cedera.
00:15Pihak berkuasa memberi amaran, angka kematian mungkin terus meningkat ketika operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
00:24Skala kemusnahan semakin jelas, susulan pasukan penyelamat berjaya memasuki bandar dan kawasan terjejas.
00:32Gempa bumi yang melanda pagi Isnin turut mencetuskan amaran tsunami di Indonesia, kawasan selatan Mindanao dan sepanjang pantai Pasifik Jepun
00:41menyebabkan puluhan ribu penduduk terpaksa dipindahkan.
00:44Penolong setiap usaha agensi yang menyelia tindak balas berkaitan bencana, Bernardo Alejandro berkata, keutamaan mereka adalah operasi mencari dan menyelamat
00:54serta berharap angka korban tidak meningkat.
00:58Beliau menambah, setakat ini dianggarkan hampir 2,000 kediaman dan 6,000 sekolah mengalami kerusakan akibat bencana itu.
01:06Filipina kerap dilanda gempa bumi dan letusan gunung berapi kerana negara itu terletak di kawasan yang dikenali sebagai lingkaran api
01:14Pasifik iaitu zon yang merekodkan aktiviti seismik pada kadar tinggi.
01:19Gempa bumi pada Isnin berpunca daripada pergerakan di wilayah Kota Batu yang terletak di luar pesisir Selatan Negara berkenaan.
01:27Wilayah Terbabit merekodkan banyak insiden gempa bumi besar, antaranya gempa bumi berukuran 7.9 magnitud pada 1976, sekaligus mengakibatkan tsunami
01:40yang mengorbankan kira-kira 5,000 nyawa.
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments