Skip to playerSkip to main content
  • 4 days ago
Kementerian Pendidikan Tinggi komited mencari penyelesaian bagi isu pengiktirafan program Doctor of Pharmacy (PharmD) yang menjejaskan empat penuntut Malaysia di Universiti Alexandria, Mesir. Perubahan nama program tanpa pemakluman mencetuskan kekeliruan Lembaga Farmasi Malaysia dan menjejaskan kelayakan pelajar untuk menduduki peperiksaan penting.
Transcript
00:00Dato' Sri Zamri Abdukhaidi berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi KPT komited mencari penyelesaian isu melibatkan empat penuntut Malaysia di Universiti Iskandariah
00:10di Mesir berhubung masalah pengiktirafan program farmasi yang mereka ikuti.
00:14Katanya isu tersebut berpunca daripada tindakan Universiti Berkenaan menukar nama program farmasi kepada Doctor of Farmasi ataupun FAMD tanpa pemakluman
00:25kepada pihak berkaitan.
00:28Ujarnya pertukaran nama program tersebut telah menimbulkan masalah dari segi pengiktirafan kerana ia tidak dimaklumkan kepada pihak yang sepatutnya.
00:37Perbahan tersebut turut mengelirukan Lembaga Farmasi Malaysia, LFM, memandangkan pihak Universiti tidak mengemaskini maklumat kepada agensi berkaitan.
00:46Beliau tegaskan bahawa isu berkenaan tidak melibatkan agensi kelayakan Malaysia, MQA, kerana pengiktirafan profesyen farmasi terletak di bawah bidang kuasa
00:56LFM yang diselia oleh Kementerian Kesihatan.
01:00Sehubungan itu, KPT akan bekerjasama dengan pihak berkaitan termasuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad bagi mencari penyelesaian terbaik
01:09terhadap isu berkenaan.
01:10Pada Mei lalu, empat penuntut Malaysia yang mengikuti pengajian di Universiti Berkenaan berdepan kesukaran apabila program FAMD tidak diiktiraf oleh
01:20LFM.
01:21Perkara tersebut sekaligus menghalang mereka daripada menduduki peperiksaan Poison Law iaitu syarat penting untuk berkhidmat sebagai ahli farmasi di negara
01:31ini.
Comments

Recommended