00:00Dalam pada itu, jumlah pelajar serta kakitangan pendidikan di Gaza yang terkorban akibat konflik berterusan sejak Oktober 2023 dilaporkan meningkat.
00:10Menurut Kementerian Pendidikan Palestine, angka korban di wilayah tersebut telah mencecah seramai 21,701 orang di seluruh semenanjung Gaza dan
00:20juga tebing barat.
00:23Ujarnya, angka korban berkenaan merangkumi 20,647 pelajar serta 1,054 guru dan staf pendidikan susulan serangan berterusan Israel yang
00:34menjejaskan hak kepada pendidikan.
00:37Data tersebut turut menunjukkan kemusnahan besar terhadap infrastruktur pendidikan termasuk lebih 179 sekolah kerajaan di semenanjung Gaza yang musnah sepenuhnya.
00:48Selain itu, lebih 105 sekolah kendalian agensi bantuan dan kerja bangsa-bangsa bersatu bagi pelarian Palestine di Asia Barat, UNRWA,
00:57dilaporkan menjadi sasaran serangan sehingga mengalami kerosakan teruk.
01:01Manakala sebanyak 63 bangunan universiti turut disahkan musnah sepenuhnya di wilayah berkenaan.
01:08Sementara itu, kementerian tersebut juga melaporkan bahawa seramai 128 pelajar sekolah dan 39 mahasiswa universiti telah terkorban di tebing barat.
01:19Manakala 861 pelajar sekolah dan lebih 278 mahasiswa universiti dilaporkan cedera,
01:27manakala 421 pelajar sekolah serta lebih 487 mahasiswa universiti telah ditahan.
01:34Di semenanjung Gaza pula, seramai 802 kakitangan sekolah dan 246 kakitangan universiti terkorban,
01:43manakala 3,291 kakitangan sekolah serta lebih 1,493 kakitangan universiti dilaporkan cedera.
01:51Kira-kira 1.5 juta daripada 2.4 juta penduduk Palestine di wilayah itu,
01:58kini kehilangan tempat tinggal dan hidup dalam keadaan yang amat sukar selepas serangan yang memusnahkan kediaman mereka.
02:06Menurut laporan itu, serangan Israel sejak Oktober 2023 telah meragut nyawa hampir 73,000 rakyat Palestine
02:14dan mencederakan lebih 173,000 yang lain.
02:17Terima kasih kerana menonton!
Comments