Skip to playerSkip to main content
  • 4 days ago
Iran menggesa tentera asing berundur dari kawasan berhampiran wilayahnya susulan ketegangan dan insiden di Selat Hormuz.
Transcript
00:00Sementara itu, Iran menggesa semua tentera asing yang berada berhampiran wilayahnya supaya berundur.
00:06Sambil memberi amaran, mereka berdepan risiko keselamatan yang serius.
00:11Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi berkata, kehadiran pasukan asing berupaya mencetuskan insiden yang tidak disengajakan,
00:19termasuk tersilap sasaran atau terperangkap dalam pertempuran.
00:23Kenyataan itu dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menuduh Iran bertanggungjawab terhadap insiden sebuah helikopter Apache milik tentera Amerika
00:34ditembak jatuh ketika melakukan rondaan di Selat Hormuz.
00:38Trump turut memberi amaran bahawa Washington mesti bertindak balas terhadap serangan tersebut.
00:44Ketegangan di kawasan perairan strategi itu terus meningkat sesulan beberapa insiden ketenteraan melibatkan kedua-dua pihak selain rundingan diplomatik yang
00:54masih belum mencapai penyelesaian muktamad.
00:57Pendirian Iran itu mencerminkan kebibangan terhadap kemungkinan salah tafsir operasi ketenteraan yang boleh mencetuskan konflik lebih besar di rantau Asia
01:07Barat.
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended