00:00Seterusnya, Perancis menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melaksanakan sekatan penuh terhadap Iran.
00:08Duta Perancis ke PBB, Jerome Bonafon berkata, langkah itu penting bagi memastikan penguatkuasaan terhadap program nuklir Iran dilaksanakan secara berkesan.
00:21Beliau yang bercakap bagi pihak beberapa negara termasuk Bahrain, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, EU merdegaskan komitmen untuk
00:29mencari penyelesaian diplomatik terhadap isu berkenaan.
00:32Menurut Bonafon, hanya perjanjian yang kukuh boleh dipercayai dan boleh disahkan mampu menyelesaikan sepenuhnya isu nuklir Iran.
00:41Kenyataan itu dibuat ketika kebimbangan antarabangsa terus meningkat, sesuai lang keraguan mengenai bahan nuklir Iran selepas beberapa kemudahan diserang sebelum
00:49ini.
00:50Agensi tenaga atom antarabangsa dilaporkan masih belum menerima maklumat terperinci daripada Teheran berhubung keadaan kemudahan yang dibom dan status bahan
00:58nuklir termasuk uranium yang diperkaya hampir ke tahap senjata.
01:03Walaupun serangan tersebut menyebabkan kerosakan serius terhadap kemudahan pengayaan uranium, sebagian besar bahan tersebut dipercayai masih wujud.
01:11Keadaan ini menimbulkan kebimbangan mengenai ketelusan dan keselamatan program nuklir Iran sekaligus meningkatkan tekanan diplomatik terhadap negara itu.
01:20Perancis menegaskan komitmennya adalah untuk mencapai penyelesaian secara aman namun menekankan bahawa sebarang perjanjian perlu memenuhi keperluan ketelusan dan pengesahan
01:29antarabangsa.
Comments