Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Parti Cockroach Janta Party (CJP), sebuah gerakan belia yang bermula secara dalam talian dan berjaya meraih jutaan pengikut dalam tempoh beberapa hari, mengadakan protes jalanan pertama mereka pada Sabtu dengan mendesak Menteri Pendidikan India, Dharmendra Pradhan, meletakkan jawatan.
Transcript
00:00Kekorosh Jantapati CJP, sebuah gerakan belia yang bermula secara dalam talian dan berjaya meraih jutaan pengikut dalam tempoh beberapa hari,
00:11mengadakan protes jalanan pertama mereka pada Sabtu dengan meresap Menteri Pendidikan India Dharmendra Padan meletakkan jawatan.
00:19Pengasas CJP, Abijad Deepkeh, 30 tahun, tiba di New Delhi pada Sabtu bagi mengetuai demonstrasi yang menyasarkan Kerajaan Pimpinan Perdana
00:29Menteri India Narendra Modi.
00:33Deepkeh yang menetap di Amerika Syarikat sejak dua tahun lalu. Sebelum ini berkata ahli keluarga dan rakan-rakannya bimbang beliau
00:38mungkin ditahan sebaik pulang ke India susulan penglibatannya dalam gerakan tersebut.
00:43Sejak dilancarkan pada pertengahan Mei, CJP berjaya menarik perhatian gelongan muda berusia bawah 30 tahun dan muncul sebagai platform penentangan
00:51terbesar dalam talian terhadap pemerintahan Modi yang telah memasuki tahun ke-12.
00:56Gerakan itu mendapat sokongan meluas susulan kebimbangan berterusan mengenai kadar pengangguran belia yang tinggi serta insiden kebocoran kertas peperiksaan yang
01:04berulang kali berlaku sekaligus menjejaskan masa depan dan peluang kejaya jutaan pelajar di negara itu.
01:09India mempunyai hampir 400 juta penduduk berusia antara 15 hingga 29 tahun menjadikan penciptaan peluang pekerjaan di luar sektor pertanian
01:17sebagai antara cabaran terbesar negara itu walaupun ekonomi terus berkembang pesat.
01:22Menurut data rasmi, kadar pengangguran belia di kawasan bandar India menjejah hampir 14% pada April lalu.
01:28Pemerhati politik melihat kemunculan CJP sebagai petanda meningkatnya rasa tidak puas hati dalam kalangan generasi muda terhadap isu pekerjaan dan
01:36sistem pendidikan yang kini menjadi antara cabaran utama dihadapi kerajaan India.
01:40Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended