00:00Seorang penternak Palestine berusia 75 tahun dipukul dan diugut bunuh oleh sekumpulan pendatang haram Israel yang menceroboh kandang ternakannya sebelum
00:11melarikan keseluruhan kawanan Biri-Biri dalam satu kejadian di Tebing Barat pada Sabtu.
00:17Said Ahmad Odeh berkata kejadian berlaku berhampiran Bandar Huwara apabila kumpulan haram itu datang ke kandangnya dan menuntut supaya dia
00:25membuka tempat simpanan ternakannya.
00:31Menurut Odeh dia anggan berbuat demikian kerana Biri-Biri tersebut merupakan satu-satunya sumber pendapatan dan mata pencariannya.
00:38Kisar Al-Baba
01:32Rekaman video yang diperoleh menunjukkan beberapa individu berjalan
01:36dan menuju ke bangunan berkenaan sebelum mengeluarkan dan membawa lari kawanan biri-biri milik mangsa.
01:42Odeh berkata beliau cuba mengejar kumpulan itu bagi mendapatkan semula ternakannya
01:45namun terpaksa berpatah balik selepas beberapa individu berkenaan sekali lagi mengugut untuk membunuhnya.
01:52Dalam rakaman berasingan di kawasan sama, kebakaran besar turut dilihat sedang marak di sebuah kawasan ladang berhampiran.
01:58Beberapa penduduk tempatan bersama seorang gota bomba dilihat berusaha memadamkan kebakaran tersebut
02:03bagi mengelakkan api daripada meribak ke kawasan lain.
02:06Setakat ini belum ada kenyataan rasmi mengenai identiti kumpulan yang terlibat
02:10atau jumlah sebenar ternakan yang dilarikan dalam kejadian berkenaan.
02:13Insiden itu berlaku ketika ketegangan di Tebing Barat terus meningkat susulan konflik berterusan di Gaza
02:18dengan penduduk Palestine berdepan pelbagai ancaman keselamatan
02:22serta kerusakan tanap harta benda dan sumber pendapatan mereka oleh penceroboh haram Israel.
Comments