00:00Malaysia tidak berdepan gangguan bekalan minyak meskipun konflik yang berlaku di Asia Barat ketika ini, memberi tekanan kepada Rantaian Bekalan
00:06Tenaga Global.
00:07Menteri Keuangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,
00:11kerajaan memberi keutamaan kepada usaha memastikan bekalan bahan api dalam negara kekal mencukupi
00:17untuk mengelakkan sebarang gangguan kepada rakyat atau sektor perniagaan.
00:23Amir Hamzah menjelaskan, setakat ini, negara tidak mengalami kekurangan bekalan minyak dan pengguna masih boleh mendapatkan bahan api seperti biasa,
00:31tanpa sebarang sekatan atau catwat.
00:34Beliau memberitahu, kestabilan bekalan itu dicapai hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk syarikat tenaga negara
00:40yang terus berusaha mendapatkan sumber bekalan baharu bagi memenuhi keperluan domestik.
00:45Amir Hamzah memaklumkan, kerajaan turut mengambil langkah mengurangkan kesan kenaikan harga tenaga global terhadap rakyat
00:52menerusi mekanisme subsidi bersasar yang dilaksanakan ketika ini.
00:56Katanya, harga minyak RON95 bersubsidi masih dikekalkan pada kadar RM1.99 se-liter
01:03walaupun harga minyak mentah dunia dipengaruhi faktor geopolitik dan ketidaktentuan pasaran antarabangsa.
01:09Amir Hamzah menjelaskan, kerajaan juga sedang memperkukuhkan strategi keselamatan tenaga negara
01:15dengan mempelbagaikan sumber bekalan bagi mengurangkan kebergantungan kepada satu pasaran atau negara tertentu.
01:23Menurutnya, pendekatan itu penting sebagai langkah pengurusan risiko sekiranya berlaku gangguan bekalan
01:28akibat konflik, bencana atau ketidaktentuan geopolitik.
01:31Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan dan beramah mesra
01:36bersama peniaga di Pasar Tani, Kelana Jaya pada Sabtu.
Comments