00:00Dan Dato' Sri Anwar Ibrahim juga mengarahkan Ketua Setiausaha Negara menyelaras pelaksanaan program latihan yang melibatkan institusi TVET.
00:07Ia bagi melahirkan tenaga mahir dalam bidang teknologi baru seperti kecerdasan buatan, AI, kripto dan juga peralihan tenaga.
00:17Dan Menteri berkata semua badan latihan dan institusi pendidikan kerajaan diwajibkan melalui bulan depan untuk menyediakan peluang latihan awal kepada
00:24pelajar terpilih dari institusi TVET.
00:26Maka saya mahu pastikan dan Ketua Setiausaha Negara akan menjelaraskan supaya semua badan latihan penyelidikan kerajaan itu diwajibkan mulai bulan
00:44depan berikhtiar untuk memberi peluang latihan awal di antara 50 hingga 100 orang di setiap TVET yang terpilih.
00:55Dan dipilih untuk menguasai bidang-bidang yang benar-benar baru dalam AI, dalam kripto, dalam peralihan tenaga.
01:06Dan mereka akan ditempatkan sama ada di Mardi atau di pusat kripto atau mana-mana badan penyelidikan yang sekarang diselarakan
01:22di bawah majlis sains negara.
01:24Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata KSN dijangka memanggil semua institusi pendidikan berkaitan dalam masa terdekat bagi menetapkan jumlah pelajar TVET
01:34yang akan dipilih bagi mengikuti kursus tambahan dan latihan pengkhususan tersebut.
01:39Beliau menambah langkah itu berupaya meningkatkan nilai dan keboleh pasaran graduan TVET sehingga mampu memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.
01:47Katanya, inisiatif itu merupakan usaha tambahan kerajaan bagi memanfaatkan pelaburan besar yang telah disalurkan kepada sektor pendidikan dan pembangunan.
01:56Langkah berkenaan penting bagi memastikan negara mempunyai kumpulan bakat berkemahiran tinggi yang bersedia memenuhi keperluan industri masa hadapan.
02:05Mengangkat tema TVET pilihan utama kerjaya, hari TVET 2.0 berlangsung selama 3 hari hingga ahad menghimpunkan lebih 107 agensi,
02:15institusi dan pemain industri daripada 9 sektor utama.
Comments