- 18 hours ago
AWANI Borneo bersama Syaff Shukri
-Biar Abang Johari tentukan bila DUN Sarawak bubar
-Dua Putera Sultan Brunei dilantik sebagai menteri
-Kejayaan KCFC bukti pengukuhan ekosistem bola sepak Sarawak
-Biar Abang Johari tentukan bila DUN Sarawak bubar
-Dua Putera Sultan Brunei dilantik sebagai menteri
-Kejayaan KCFC bukti pengukuhan ekosistem bola sepak Sarawak
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Intro
00:08Assalamualaikum, salam sejahtera
00:09Awani Borneo bersiaran bersama saya Syafiqri
00:11Berikut merupakan antara tajuk utam untuk malam ini
00:19Biar Abang Johari tentukan bila Dun Sarawak dibubar
00:26Dua putera Sultan Brunei dilantik sebagai menteri
00:33Kejayaan Kucing CTFC Bukti Pengukuhan Ekosistem Bola Sepak Sarawak
00:43Hanya Premier Sarawak yang boleh memberikan gambaran mengenai bila pilihan rai negeri akan diadakan
00:49Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumi Putera Bersatu PBB, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menjelaskan
00:55Penentuan Tarih Sebenar PRN Sarawak akan datang kekal sebagai prerogatif Tan Sri Abang Johari Tunopeng
01:04Memetik laporan Borneo Post, Abdul Karim berkata prerogatif dan budi bicara terletak pada Premier untuk menentukan masa yang sesuai bagi
01:12membubarkan Dun
01:14Beliau mengulas kenyataan timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kuihian bahawa pilihan raya mungkin diadakan dalam tempoh 100 hari
01:22akan datang
01:22Abdul Karim berkata pandangan berkenaan adalah penilaian peribadi Dr. Sim berdasarkan lanskap politik semasa
01:29Bagaimanapun kemungkinan itu tidak boleh diketepikan memandangkan perkembangan politik yang berlaku di semenanjung Malaysia
01:37Abdul Karim berkata semua parti politik sedia maklum bahawa PRN mesti diadakan tahun ini
01:43Memandangkan tempoh Dun Semasa akan berakhir pada awal tahun hadapan
01:47Beliau menambah penganjuran PRN dan Parlimen secara berasingan dalam tempoh yang singkat
01:53akan melibatkan perbelanjaan yang jauh lebih tinggi berbanding jika kedua-duanya diadakan serentak
02:01Pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat kekal menjadi keutamaan kerajaan madani
02:06meskipun persiapan menghadapi pilihan raya negeri PRN Johor dan Negeri Sembilan kini semakin rancak
02:11Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah menggesa pimpinan kerajaan agar memberi fokus
02:16kepada isu ekonomi dan kebajikan rakyat supaya proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan
02:22Dekat laporan semalam kita buat sedaya upaya kita walaupun untuk Johor itu dia notis yang singkat
02:31Pada masa itu saya menyeru rakan-rakan dalam pimpinan kerajaan
02:36Itu tumpu soal ekonomi, masalah rakyat
02:41Masalah kita ada masa biar tumpu 2-3 bulan ini betul-betul pulihkan balik kemudian pilihan raya
02:49Beliau berkata demikian kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Meranti Puchung
02:54Sebelum ini Menteri Besar Johor telah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Dun Johor pada 1 Jun lalu
03:00Manakala semalam Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun pula mengumumkan pembubaran dun negeri tersebut
03:08Yang menyaksikan PRN bakal dilaksanakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran
03:14Mengulas mesyuarat Biro Politik PKR baru-baru ini
03:18Anwar berkata perbincangan turut tertumpu kepada usaha memperkukuh jentera parti
03:22Sebagai persediaan menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat
03:31Kerjasama dalam kerajaan perpaduan kekal kukuh meskipun Pakatan Harapan dan Barisan Nasional
03:36Memutuskan untuk bertanding secara berasingan pada pilihan raya negeri PRN Johor dan Negeri Sembilan akan datang
03:41Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadil berkata
03:45Keputusan yang dibuat di peringkat negeri kedua-dua gabungan itu
03:47Tidak akan menjejaskan pentadbiran Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan
03:53Tidak ada kesan kepada Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan
03:58Dan mesyuarat Jemaah Menteri pada pagi tadi berjalan dengan lancar
04:02Dengan seperti biasa dalam suasana mahabah dan bukan hanya rasa hormat
04:09Tapi seperti biasa tidak ada kesan kepada hubungan yang erat di kalangan pimpinan
04:15Sementara itu Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata
04:19Pelaksanaan pilihan raya negeri di Johor dan Negeri Sembilan dibuat mengikut proses demokrasi
04:25Serta peruntukkan undang-undang yang ditetapkan
04:28Pemohonan daripada Menteri Besar Kerajaan-Kerajaan Negeri tersebut
04:34Telah diperkenan oleh Raja yang berdaulat
04:39Di Johor, Pemangku Sultan Johor
04:41Di Negeri Sembilan yang Tuan Besar
04:44Jadi don telah terbubah, kita lalui proses
04:50Ketika ini pelbagai pihak mempersoalkan kewajaran mengadakan pilihan raya negeri
04:55Ketika negara berdepan syabaran ekonomi susulan konflik di Asia Barat
05:03Mesyarat kedua penggal kelima Parlimen ke-15 yang dijadwalkan bermula pada 22 Juni ini
05:08Akan diteruskan mengikut takwim yang ditetapkan
05:10Menurut Pejabat Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johor Abdul
05:14Perkara itu disahkan kepada bernama hari ini
05:16Memaklumkan tiada sebarang perubahan pada jadual persidangan Dewan Rakyat
05:20Menurut Pejabat Yang Di-Pertua Dewan Rakyat
05:23Setakat ini tiada sebarang perubahan pada jadual persidangan Dewan Rakyat
05:26yang telah dipaparkan dalam takwim rasmi Parlimen
05:29Berdasarkan takwim menerusi portal Parlimen
05:32Mesyarat kedua penggal kelima Parlimen ke-15 dijadwalkan berlangsung selama 16 hari
05:37bermula dari 22 Juni hingga 16 Juli ini
05:40Mesyarat pertama Dewan Rakyat berakhir pada 3 Mac lepas setelah bersidang selama 20 hari
05:45Sebelum ini timbul kabar angin mendakwa persidangan Dewan Rakyat ditiadakan
05:50bagi memberikan laluan kepada pelaksanaan pilihan raya di beberapa negeri di Semenanjung
06:05Pengambilan gambar Jemaah Menteri bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumat
06:10tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dakwaan kononnya
06:12Parlimen akan dibubarkan dalam masa terkat
06:14Sebaliknya, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadil menjelaskan
06:19sesi fotografi berkenaan diadakan berikutan terdapat beberapa anggota baru Jemaah Menteri
06:24yang dilantik sejak rombakan kabinet pada Desember tahun lalu
06:30Tak betul
06:31Jadi, sebenarnya Yang Mak Bumat Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa memang ada hasrat untuk ambil gambar Jemaah Menteri
06:42sebab ada anggota Jemaah Menteri yang baru
06:46dan daripada waktu pelantikan dan rombakan Jemaah Menteri pada bulan Desember yang lalu sehingga kini
06:56belum ada peluang untuk diadakan sesi bergambar seperti itu
07:02dan sebelum ini dengan konfigurasi Jemaah Menteri yang lalu pun telah ada sesi bergambar
07:12Jadi, dia tidak ada kaitan dengan pembubaran Parlimen
07:16Dia adalah sekadar hari ini merupakan hari istiadat perarakan panji-panji
07:24maka Jemaah Menteri hadir ke Putrajaya, ke Dataran Pahlawan
07:28memakai nombor one dress
07:30maka pihak Jabatan Perdana Menteri berangkapan ini masa yang baik untuk mengambil gambar tersebut
07:36Jadi, tidak ada isu, dia adalah lazim
07:39Beliau berkata demikian pada sidang media Mingguan Pasca mesyuarat Kabinet pada Jumaat
07:45ketika mengulas spekulasi yang tular di media sosial
07:48susulan gambar Perdana Menteri bersama anggota Jemaah Menteri yang dirakam
07:55Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan rombakan Kabinet dengan melantik dua puteranya sebagai Menteri
08:01Putera keduanya, Putera Abdul Malik diberi peranan sebagai Menteri di Pejabat Perdana Menteri
08:07manakala Putera ketiganya, Abdul Martin, sebagai Menteri Luar
08:12Pengiran Muda Makota Al-Muhtadi Bilah kekal sebagai Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri
08:17selain sebagai timbalan pengurusi majlis tertinggi wawasan Brunei 2035
08:22Sultan Hassanal yang kini berusia 79 tahun akan terus berperanan sebagai Perdana Menteri
08:28sambil memegang dua lagi portfolio penting iaitu sebagai Menteri Pertahanan dan juga Menteri Keuangan
08:34Perlantikan ini akan berkuat kuasa pada hari Khamis 17 Zul Hijrah
08:461447 Hijrah bersamaan dengan 4 Jun 2026 Masihi
08:56bagi tempoh selama 4 tahun
09:00Kali terakhir Brunei melakukan rombakan Kabinet adalah pada tahun 2022
09:10Seterusnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi KPT
09:15dan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM segera menyelesaikan aduan berkaitan isu pengiktirafan
09:21kelayakan program Doktor Farmasi yang dikemukakan oleh 4 pelajar Malaysia di Universiti Iskandaria di Mesir
09:27Beliau berkata perhatian perlu diberikan sepenuhnya terhadap isu mengenai pendaftaran program berkenaan
09:32dan amalan profesional di Malaysia demi kepentingan pelajar yang terlibat
09:38Perdana Menteri berkata agensi kelayakan Malaysia MQA tidak mempunyai halangan terhadap pengiktirafan
09:45dan akademik program berkaitan
09:46Namun, pengiktirafan profesional untuk tujuan pendaftaran sebagai ahli farmasi
09:51memerlukan pertimbangan dan persetujuan daripada Lembaga Farmasi Malaysia LFM
09:57Justru, Perdana Menteri meletakkan harapan agar KPT dan KKM dapat menyelesaikan isu berkenaan secara tuntas
10:05selaras dengan gagasan madani yang menuntut keadilan, ihsan dan kebijaksanaan
10:10Tambah Anwar setiap keputusan yang dilakukan wajar menyentuh masa depan rakyat
10:15tanpa menjejaskan piawaian profesional yang ditetapkan bagi bidang berkenaan
10:20Pada 29 Mei lalu, media melaporkan kekecewaan Nur Haslina Abdullah
10:26apabila anaknya, Nurul Izzah, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan kelayakan LFM
10:32yang diperlukan bagi melengkapkan pengajian
10:34Nur Haslina berkata, permohonan anaknya ditolak KKM kerana program FAMD atau Doktor Farmasi
10:41yang diikuti di sebuah universiti di Mesir tidak diiktiraf di Malaysia
10:46Menurutnya keadaan itu menimbulkan persoalan
10:48memandangkan anaknya melanjutkan pengajian ke universiti berkenaan
10:52melalui surat tawaran yang dikeluarkan KPT
10:57Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia LKIM mengumumkan penubuhan
11:02bagi Persatuan Nelayan Kawasan PNK Kalabakan
11:05yang merupakan langkah strategik bagi memastikan komuniti nelayan
11:09di kawasan luar bandar Tawau mendapat akses yang lebih sistematik
11:13Kenyataan LKIM menyebut PNK Kalabakan telah didaftarkan pada 13 Mac lalu
11:19menjadikannya PNK ke-92 di Malaysia dan ke-17 di Sabah
11:27Kenyataan LKIM menambah penubuhan PNK tersebut bermatlamat
11:31menyelaras keperluan komuniti nelayan di Kalabakan
11:34selain membantu mendapatkan akses yang lebih sistematik
11:37kepada program pembangunan, bantuan kebajikan dan peluang ekonomi
11:41PNK tersebut merangkumi kawasan termasuk di wilayah Tanjung Batu
11:46merotai sehingga ke gugusan Felda Umas
11:49Sementara itu LKIM teruk mengenalpasti beberapa keperluan pembangunan lain
11:53termasuk bantuan peralatan nelayan dan kemudahan infrastruktur
11:57yang akan dipertimbangkan tertakluk kepada keutamaan serta peruntukan semasa
12:02Selain itu lembaga tersebut juga berharap dengan penubuhan PNK terbaru ini
12:07dapat menjadi pemangkin utama kepada pembangunan komuniti nelayan tempatan
12:11dalam memacu sosioekonomi mereka pada masa hadapan
12:14Pada 24 Mei lalu Estrawani melaporkan mengenai gesaan kepada LKIM
12:19supaya mempercepat kelulusan PNK Kalabakan
12:21Ini kerana terdapat dawaan cubaan pihak tertentu
12:24yang berniat mengambil alih kepimpinan PNK tersebut
12:27sekaligus mencetuskan keresahan pada nelayan tempatan
12:30ketika proses kelulusan penubuhannya hampir dimuktamadkan
12:34selepas hampir 3 tahun diusahakan
12:39Kejayaan Kucing CTFC-KCFC layak ke pertandingan klub peringkat Asia
12:44membuktikan kejayaan sebuah pasukan tidak hanya bergantung
12:48kepada suntikan dana semata-mata
12:50Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak
12:53Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata
12:56pencapaian itu amat membanggakan memandangkan pasukan berkenaan
12:59hanya mengambil masa kira-kira sedekat
13:01untuk muncul sebagai antara klub terbaik negara
13:04dan seterusnya menembusi pentas Asia
13:09Memetik laman berita UKAS
13:11Abdul Karim menyifatkan kejayaan The Cats
13:12sebagai pencapaian luar biasa
13:14yang membuktikan keberkesanan pengurusan pasukan
13:17serta perkembangan positif landscape bola sepak Sarawak
13:19Karim berkata Kementerian serta Perbadanan Sukan Sarawak atau SSC
13:24akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan bola sepak akar umbi
13:27melalui pelaksanaan Liga Sendiri Peringkat Negeri
13:30mengikut kategori umur di seluruh Sarawak
13:32Langkah itu bertujuan mewujudkan ekosistem bola sepak yang mampan
13:36untuk melahirkan lebih ramai pemain berbakat
13:38serta membuka ruang kepada kemunculan lebih banyak klub
13:41dari pelbagai bahagian di negeri itu
13:43Tambah beliau, rakyat Sarawak melihat KCFC bukan sekadar mewakili Bandar Raya Kucing
13:48tetapi sebagai pasukan yang membawa nama dan aspirasi seluruh Sarawak
13:52di pentas nasional dan antarabangsa
13:58dan laporan itu tadi mengakhiri Awani Borneo untuk hari ini
14:02saya syaf syukri, assalamualaikum, salam hormat
14:04kita jumpa lagi
Comments