Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Polis sedang memburu beberapa individu yang disyaki mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di Ampang.
Transcript
00:00Polis sedang memburu beberapa individu yang disyaki mencuri kabel di tepi lebuh raya lingkaran tengah 2 MRR2 di Ampang.
00:09Menurut Ketua Polis di Ampang Jaya, Assistant Commissioner Khairul Anwar Khalid,
00:13kejadian itu dikesan pada Jumaat kira-kira jam lima tang menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial.
00:22Video berkenaan memaparkan beberapa individu sedang memunggah kabel dari sebuah lubang utiliti di tepi lebuh raya
00:28sebelum memasukkannya ke dalam sebuah kenderaan jenis Honda Odyssey berwarna kelabu yang menggunakan nombor kenderaan palsu.
00:35Satu aduan polis turut dibuat oleh seorang lelaki tempatan pada Khamis kira-kira jam 1.30 tengah hari.
00:41Pengadu mendakwa ketika berada di lokasi beliau melihat sebuah kenderaan jenis Honda Odyssey berwarna kelabu berhenti di tepi jalan
00:48sebelum melihat empat lelaki yang tidak dapat dikenalpasti sedang memotong dan memunggah kabel ke dalam kenderaan tersebut.
00:55Beliau berkata pengadu turut merakam kejadian perkenaan sebelum sekesemua individu terbabit beredar dari lokasi kejadian.
01:02Kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Kesiksaan serta Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
01:12Polis memaklumkan kes masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
Comments

Recommended