Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
JKN Pulau Pinang mengeluarkan 597 notis sejak 2022 terhadap perokok di Tapak Warisan Dunia George Town. Penguatkuasaan dipertingkat susulan peningkatan kes, dengan kompaun RM250 bagi setiap kesalahan.
Transcript
00:00Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang JKNPP mengeluarkan 597 notis terhadap individu atas kesalahan merokok di kawasan tapak warisan dunia UNESCO
00:11Georgetown menerusi 114 operasi penguatkuasaan yang dijalankan sejak 2022 hingga kini.
00:18Menurut pengurusi jawatan kuasa belia sukan dan kesihatan negeri Daniel Gui, kawasan tapak warisan dunia itu telah diwartakan sebagai zon
00:26larangan merokok sejak 2015 dan kini turut tertakluk di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 Akta 852.
00:37Jelasnya sepanjang tahun lepas 106 notis telah dikeluarkan dan jumlah tersebut menunjukkan peningkatan pada tahun ini apabila 127 notis telah
00:45dikeluarkan setakat ini melepasi keseluruhan notis yang dikeluarkan tahun lepas.
00:51Sehubungan itu pihaknya akan terus mempergiat pemantauan dan pengukusan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan.
00:57Gui berkata peningkatan jumlah notis yang dikeluarkan menunjukkan masih terdapat individu yang gagal mematuhi larangan merokok di kawasan berkenaan meskipun
01:05pelbagai usaha pendidikan dan evokasi telah diaksanakan secara berterusan.
01:10Beliau memaklumkan di bawah Akta 852 individu yang didapati melakukan kesalahan merokok di kawasan zon larangan merokok boleh dikenakan kompaun
01:17serta-merta RM250 bagi setiap kesalahan.
01:21Beliau berkata kerajaan negeri bersama JKNPP turut mempergiat usaha pendidikan awam menerusi penambahbaikan bahan promosi dan papan peringatan bagi meningkatkan
01:30kesedaran orang ramai bahawa kawasan berkenaan merupakan zon larangan merokok.
01:34Gui berkata selain tapak warisan Georgetown, beberapa lokasi lain di Pulau Pinang turut diwartakan sebagai zon larangan merokok di bawah
01:40Akta 852 iaitu Taman Perbandaran Jalan Utama, Taman Botani Jalan Air Terjun, Empangan Air Hitam, Empangan Teluk Bahang di bahagian
01:49pulau manakala seberang perai meliputi kawasan empangan Mengkuang di Berapit dan Taman Bandar Ampang Jajar.
01:56Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended