00:00Orang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan di Bandar Mahkota Ceras, Kajang pada Jumaat.
00:06Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazrun Abdul Yusof, kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam di Jalan Permaisuri,
00:14Bandar Mahkota Ceras.
00:17Kemalangan membabitkan sebuah kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 35 tahun yang juga seorang peniaga
00:23dan sebuah motosikal yang ditunggang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang juga bekerja sebagai pemandu bas.
00:31Kereta berkenaan sedang melalui Jalan Permaisuri sebelum sebuah motosikal dikatakan keluar secara tiba-tiba dari simpang tiga di lokasi kejadian.
00:39Katanya situasi itu menyebabkan pemandu kereta gagal mengelak lalu melanggar motosikal tersebut.
00:44Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
00:49Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Kunungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan
00:59kematian.
01:00Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Berampiran atau Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kajang,
01:08Inspektor Mohd Raziman bin Rasid di talian 019-456-5502 bagi membantu siasatan.
Comments