Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kerjasama strategik antara Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam memperkasakan Pendidikan Dan Latihan Teknikal Dan Vokasional (TVET) bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia disifatkan sebagai ‘game changer’.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerjasama strategik antara Kementerian Pengangkutan MOT dan Kementerian Pertahanan Mindef dalam memperkasakan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional TVET bagi
00:10anggota Angkatan Tentera Malaysia disifatkan sebagai game changer.
00:15Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif itu juga mampu membuka lebih banyak peluang, pekerjaan, berkemahiran tinggi
00:23kepada golongan itu selepas menamatkan perkhidmatan.
00:26Ia khususnya dalam usaha, memastikan anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia mempunyai laluan kerjaya lebih jelas dalam sektor awam dan
00:35industri.
00:37Hari ini kita saksikan satu game changer yang telah saya impikan sejak saya menjadi Menteri Pertahanan dahulu.
00:48PAT, waktu saya Menteri Pertahanan ada di depan kita pada hari ini, Tan Sri Azizan.
00:56Kami mendambarkan suasana yang begini sebagai satu game changer, bukan sahaja sekadar untuk memberi peluang kepada para veteran bagi tercebur
01:10di dalam bidang pengangkutan dan logistik.
01:14Dan hari ini kita menyaksikan tiga orang Menteri bercakap dari majlis yang sama.
01:19Ahmad Zahid berucap pada majlis kerjasama strategik antara MOT dan MINDEF bagi pemerkasaan TVET anggota ETM pada Khamis.
01:29Sebagai langkah awal pelaksanaan kerjasama itu, sebanyak lebih 3,200 kekosongan jawatan telah dikenalpasti dalam sektor pengangkutan meliputi subsektor pelabuhan,
01:39logistik, ril, pengangkutan awam dan pengangkutan darat.
01:42Ahmad Zahid berkata kerjasama itu membuktikan keberkesanan pendekatan rentas kementerian yang mengutamakan tindakan pantas berbanding bekerja secara berasingan atau silo.
01:53Katanya sektor logistik termasuk penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih ero angkasa, industri maritim serta pelbagai sektor perkhidmatan lain amat memerlukan
02:02tenaga kerja yang mempunyai disiplin tinggi dan etika kerja yang kukuh.
02:06Sementara itu, beliau yang juga pengerusi Madlis TVET Negara berkata kerajaan akan melangkah ke arah TVET 2.0 dengan menumpukan
02:14kepada pembangunan tenaga kerja berimpak tinggi dan berkemahiran tinggi yang memenuhi permintaan pasaran.
02:21Beliau berkata sebanyak RM7.9 bilion diperuntukkan tahun ini bagi melatih dan menyelaras 1,395 institusi TVET di bawah 12
02:31kementerian.
Comments

Recommended