00:00Tarif 10% yang diumumkan oleh AS masih di peringkat penilaian, sekaligus bermakna tiada tarif baharu dikenakan terhadap Malaysia setakat
00:10ini.
00:10Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri MITI berkata,
00:15kadar baharu tersebut hanya bersifat cadangan dan belum dimuktamadkan dengan sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas Pejabat Wakil Perdagangan Amerika,
00:24USTR, melengkapkan keseluruhan proses siasatan mereka.
00:30Katanya, cadangan berkenaan kini sedang melalui proses konsultasi awam yang melibatkan beberapa pihak berkepentingan.
00:38Keputusan muktamad berhubung perkara itu hanya akan diumumkan pada penghujung Julai iaitu sekitar tempoh tamat tarif sementara di bawah Seksyen
00:47122 pada 24 Julai.
00:49USTR per 2 Jun lalu menerbitkan dapatan siasatan di bawah Seksyen 301 berkaitan buruh paksa yang meletakkan Malaysia bersama 10
00:59negara lain untuk dikenakan tarif tambahan 10%.
01:04MITI bagaimanapun menegaskan pengumuman itu tidak membuktikan Malaysia mengamalkan buruh paksa atau mempunyai rekod pelindungan pekerja yang lemah.
01:13Sebaliknya, kata MITI, dapatan USTR itu lebih tertumpu kepada aspek kawal selia perdagangan khususnya berkaitan ketiadaan mekanisme undang-undang khusus
01:24untuk menyarin kemasukan barangan dan bahan mentah dari negara ketiga yang mungkin dihasilkan menggunakan buruh paksa.
01:32Tambahnya, laporan itu tidak menyimpulkan bahawa Malaysia mengamalkan buruh paksa. Malah, ia tidak mencerminkan keadaan sebenar pasaran buruh negara yang
01:41tertakluk kepada pelbagai undang-undang dan penguatkuasaan yang ketat.
01:46MITI berkata, kerajaan kini sedang mengambil langkah proaktif bagi menanggani jurang kawal selia tersebut selepas dengan komitmen yang telah dipersetujui
01:55di bawah perjanjian perdagangan timbal balik ART antara kedua-dua negara.
02:00Tambahnya, kesemua undang-undang tempatan sedia ada dikuatkuasakan secara berterusan bagi memastikan hak pekerja dilindungi serta sebarang bentuk eksploitasi tenaga
02:11kerja dapat dibendung.
02:13MITI turut mengesahkan negara perlu menghantar maklum balas bertulis sebelum 6 Julai 2026 manakala sesi pendengaran awam dijadwalkan berlangsung pada
02:227 Julai 2026.
Comments