00:00Seterusnya, seorang lelaki meninggal dunia apabila tercampak keluar dari kereta dipandunya selepas terlibat dalam satu kemalangan di kampung Panggong Jaya,
00:09Gua Musang, Kelantan.
00:11Pasukan menyelamat memaklumkan satu panggilan kecemasan diterima sekitar jam 10.58 pagi berhubung insiden tersebut sebelum sepasukan anggota dari Balai
00:21Bomber dan Penyelamat BBP Gua Musang dikejarkan ke lokasi.
00:25Setibanya, pasukan bomba di lokasi pada jam 11.11 pagi mendapati bahawa mangsa berusia 41 tahun disahkan meninggal dunia di
00:35lokasi akibat kecederaan parah.
00:38Siasatan awal turut mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Produa Asia serta sebuah lori.
00:44Pemandu kenderaan tersebut dipercayai tercampak keluar akibat impak pelanggaran yang kuat sebelum tubuh mangsa ditemui tersangkut pada dahan pokok kelapa
00:55sawit berhampiran lokasi kejadian.
00:57Pasukan perubatan dari Kementerian Kesehatan Malaysia yang tiba di lokasi kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.
01:06Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kemalangan dengan kes disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
01:14Terima kasih kerana menonton!
Comments