Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Langkah itu menyaksikan Dadan Hindayana, ketua Badan Gizi Nasional, disingkirkan daripada jawatannya, hanya beberapa hari selepas badan pemantau rasuah memfailkan aduan mengenai ketidakkonsistenan dalam peruntukan bajet di dapur-dapur program.
Transcript
00:00Presiden Indonesia Prabowo Subianto memecat ketua agensi yang mengendalikan program makanan percuma kebangsaan.
00:06Langkah itu dilakukan selepas inisiatif tersebut dibelenggu kes keracunan makanan secara besar-besaran serta dawaan pelewengan kewangan.
00:16Langkah itu antara lain menyaksikan Ketua Badan Gizi Nasional, Dadan Hindayana, disingkirkan daripada jawatannya.
00:23Hanya beberapa hari selepas Badan Pemantau Rasuah memfailkan aduan mengenai ketidaktentuan dalam peruntukan bajet di dapur-dapur program.
00:32Program makanan percuma bernilai berbilion dolar itu merupakan antara janji utama kempen Prabowo pada pilihan raya Presiden 2024
00:40dengan sasaran menyediakan makanan kepada sekitar 80 juta pelajar sekolah di seluruh negara.
00:46Namun sejak dilancarkan pada Januari tahun lalu, puluhan ribu kanak-kanak dilaporkan jatuh sakit akibat kerancunan makanan
00:53sekaligus mencetuskan desakan supaya program tersebut dikantung.
00:57Menurut data Badan Pemantau Pendidikan Tempatan, sekurang-kurangnya 33,000 kes keracunan makanan dikaitkan dengan program itu setakat April.
01:08Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Pejabat Pendakwa Raya turut melancarkan serbuan ke atas premis agensi berkenaan
01:15dengan kakitangan dihalang daripada memasuki bangunan tersebut ketika operasi dicalankan.
01:21Bapak Presiden memutuskan untuk mengangkat Saudari Nani S. Diang sebagai Kepala Badan Kisi Nasional yang baru,
01:34kemudian Saudari Agustina Arumsari sebagai Wakil Kepala Badan Kisi Nasional yang baru,
01:41dan Saudara Maichen TNI Terenggono sebagai Wakil Kepala Badan Kisi Nasional yang baru.
01:54kepada tiga pimpinan Badan Kisi Nasional yang baru, kami berharap untuk dapat segera melakukan konsolidasi internal.
02:02Walaupun ada pihak menyokong perubahan tersebut, sebahagian pengkritik berpendapat,
02:08langkah itu hanya bersifat kosmetik dan tidak menyelesaikan masalah asas program.
02:14Beberapa pihak turut mempersoalkan kelayakan Nanik kerana beliau dikatakan tidak mempunyai pengalaman
02:20dalam bidang pemakanan atau keselamatan makanan.
02:23Kerajaan sebelum ini telah mengurangkan pelaksanaan program daripada enam hari kepada lima hari seminggu
02:28bagi mengurangkan tekanan kewangan, susulan keadaan ekonomi global yang mencabar.
Comments

Recommended