Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Laporan bedah siasat ke atas Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor bulan lalu, dijangka mengambil sedikit masa untuk disiapkan berikutan keadaan jasad mangsa yang hanya ditemukan selepas tiga hari.
Transcript
00:00Laporan berdasarkan siasat ke atas Nur Izzati Humair Azizul, remaja berusia 19 tahun yang ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tersesat
00:09ketika mendaki bukit cangkat asa Hulus Langor bulan lalu, dijangka mengambil sedikit masa berikutan keadaan jasad mangsa yang hanya ditemukan
00:19selepas 3 hari.
00:20Ketua Polis Daerah Hulus Langor Asisten Komision Ibrahim Hussein ketika dihubungi Ashrawani berkata, berdasarkan siasatan awal, polis tidak menemukan sebarang
00:29unsur jenayah dalam kejadian itu.
00:31Ibrahim, sehubungan itu menjelaskan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan masih dijalankan.
00:39Pada 26 Mei lalu, mangsa ditemukan meninggal dunia selepas operasi mencari dan menyelamat SAR memasuki hari keempat di Bukit Cangkat
00:46Asa.
00:46Mangsa ditemukan kira-kira 1km dari pos kawalan tempat kejadian pada 9.11.58 pagi.
00:54Remaja itu dipercayai tersesat ketika meneruni bukit bersama ahli keluarganya pada 10.50 pagi 23 Mei lalu.
01:02Mangsa dikatakan berjalan bersendirian untuk tiba lebih awal di kaki bukit kerana berasa panas dan penat sebelum dilaporkan hilang.
Comments

Recommended