Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa daerah di Sabah dan Sarawak pada Rabu.
Transcript
00:00Jabatan Meteorologi Malaysia, MAD Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa daerah di Sabah dan Sarawak pada Rabu.
00:08MAD Malaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang,
00:13dijangka melanda kawasan pantai barat melibatkan ranau serta zon sandakan yang merangkumi tongot, telupit, kinabatangan dan sandakan.
00:22Manakala di Sarawak, antara kawasan diramal terjejas termasuk sibu, mukah dan kapit.
00:27Menurut agensi itu, amaran berkenaan dikeluarkan susulan petunjuk cuaca yang menunjukkan kemungkinan berlakunya ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm
00:39sejam
00:39yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.
00:44Sehubungan itu, orang ramai, khususnya penduduk di kawasan yang terlibat, dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya,
00:53terutama mereka yang menjalankan aktiviti luar berada di kawasan rendah berisiko banjir kilat serta pengguna jalan raya.
01:01Keadaan cuaca buruk seperti hujan lebat dan angin kencang berpotensi menyebabkan gangguan kepada aktiviti harian,
01:07selain meningkatkan risiko kejadian pokok tumbang dan banjir kilat di kawasan tertentu.
Comments

Recommended