Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Menurut Karomidin Gadoyev, peningkatan dalam syarikat usaha sama itu membuktikan penglibatan perniagaan yang semakin berkembang antara kedua-dua negara.
Transcript
00:00Pelaburan Malaysia di Uzbekistan mencecah lebih 3 bilion dolar Amerika sekaligus memperkukuh hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.
00:09Duta Uzbekistan ke Malaysia, Karomidin Gadoyev berkata jumlah syarikat usaha sama antara Malaysia dan Uzbekistan turut meningkat kepada 47 buah
00:19setakat awal Jun.
00:22Menurut Gadoyev, pada tahun 2023 dahulu, terdapat kurang daripada 30 syarikat usaha sama berkenaan di Uzbekistan sekaligus memaparkan kerjasama semakin
00:32erat khususnya melibatkan sektor perniagaan.
00:36Seterusnya, Kerajaan Uzbekistan komited untuk membawa Gabonel dari wilayah Uzbekistan ke Malaysia setiap bulan bagi mempromosikan kerjasama perniagaan dan pelaburan.
00:46Jelasnya, Malaysia disifatkan antara rakan ekonomi utama Uzbekistan dan rakan lama di Asia Tenggara.
00:54Perdagangan dua hala antara Malaysia-Uzbekistan berkembang hampir 20% sejak tahun lalu, manakala ekspor buah-buahan dan sayur-sayuran
01:03Uzbekistan ke Malaysia meningkat dua kali ganda.
01:06Selain itu, bilangan pelancong Malaysia ke Uzbekistan meningkat dua kali ganda tahun lalu dengan hampir 6,000 rakyat Malaysia melawat
01:14negara itu setakat Jun ini.
01:16Kini Uzbekistan sedang bekerjasama dengan syarikat penerbangan untuk meluaskan rangkaian sambungan terus antara Malaysia dan bandar-bandar utama di Uzbekistan
01:25termasuk Samarkand dan Bukhara.
Comments

Recommended