00:00Media Iran melaporkan negara itu menghentikan pertukaran mesej dengan Amerika Syarikat selama beberapa hari berkaitan memorandum persefahaman MOU yang bertujuan
00:09menamatkan perang, namun Washington menegaskan rundingan masih diteruskan.
00:13Agensi berita sepada rasmi Iran, Fars, membetik sumber yang rapat dengan pasukan rundingan sebagai berkata, mesej terakhir yang dihantar Tehran
00:21kepada Washington menyentuh isu Rupnam yang mendapat perhatian global.
00:27Laporan itu menyusul ketika mana Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menegaskan rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran berlangsung secara berterusan.
00:36Trump menyifatkan laporan mengenai penggantungan rundingan sebagai palsu dan tidak tepat.
00:41Sementara itu, setiusa negara Amerika Marco Rubio ketika memberi keterangan di Kongres pada selasa berkata kedua-dua negara masih dalam
00:48proses rundingan dan mendakwa keupayaan pertahanan konvensional Iran telah banyak terjejas.
00:54Menurut Rubio, Iran perlu mengisytiharkan secara jelas bahawa selat hormus kini dibuka sambil menegaskan pembukaan laluan perairan strategik itu menjadi
01:03syarat utama rundingan.
01:05Beliau turut berkata Iran perlu memberi komitmen terhadap rundingan konkret berhubung pengurusan uranium diperkaya tahap tinggi.
01:12Tambah Rubio, Iran tidak akan menerima kelonggaran sekatan hanya dengan membuka semula selat hormus sebaliknya sebarang pelonggaran akan tertakluk kepada
01:21syarat tertentu.
01:21Setakat ini, pihak berkuasa Iran belum memberikan reaksi terhadap kenyataan tersebut.
Comments