Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Lapangan Terbang Naha, pintu masuk utama bagi penerbangan domestik dan antarabangsa di Okinawa, dilaporkan kekal ditutup pada Isnin sebagai langkah berjaga-jaga susulan cuaca buruk.
Transcript
00:00Seterusnya, penerbangan dan perkhidmatan feri di wilayah Okinawa, Jepun dibatalkan apabila ribut Tropika Kuat Jangmi menghampiri kawasan itu.
00:09Ribut berkenaan dijangka membawa hujan lebat serta angin kencang ke bahagian barat daya Jepun dengan pihak meteorologi meramalkan tiupan angin
00:16hingga 160km sejam.
00:19Lapangan terbang Naha, pintu masuk utama bagi penerbangan domestik dan antarabangsa di Okinawa, dilaporkan kekal ditutup pada Isnin sebagai langkah
00:27berjaga-jaga susulan cuaca buruk.
00:30Selain itu, perkhidmatan feri di beberapa laluan turut dibatalkan berikutan keadaan laut yang bergelora.
00:35Media tempatan melaporkan ribut tersebut turut menyebabkan gangguan bekalan elektrik kepada lebih 7,000 isi rumah di kawasan terjejas.
00:42Pihak berkuasa menasihatkan penduduk supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan cuaca semasa sehingga keadaan kembali selamat.
Comments

Recommended