Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Penasihat Ketenteraan kepada Pemimpin Agung Iran, Mohsen Rezaee menegaskan bahawa tehran tidak berhasrat membuat sebarang konsesi atau kompromi kepada Amerika Syarikat, selain tidak akan meletakkan dirinya dalam kedudukan yang merugikan.
Transcript
00:00Penasihat ketenteraan kepada pemimpin agung Iran Mohsin Reza'i menegaskan Teheran tidak berhasrat membuat sebarang konsesi atau kompromi kepada Amerika
00:08Syarikat selain tidak akan meletakkan negara itu dalam kedudukan yang merugikan.
00:13Dalam temubual media pada ahad, Reza'i berkata pendirian Iran kekal tegas meskipun rundingan dengan Washington masih diteruskan bagi mencari
00:21jalan menamatkan konflik yang tercetus sejak 28 Februari lalu.
00:27Pada masa sama, Menteri Luar Iran Syed Abbas Arachi berkata rundingan dan pertukaran maklumat antara kedua negara masih berlangsung.
00:34Menurutnya, sebarang kenyataan mengenai hasil rundingan ketika ini hanyalah spekulasi selagi tiada keputusan muktamad dicapai.
00:42Kenyataan itu dibuat ketika Iran dan Amerika dilaporkan sedang berusaha memuktamadkan Memorandum Persefahaman MOU bagi menamatkan konflik.
00:50Kedua-dua pihak sebelum ini mencapai gencatan senjata sementara pada 8 April dan sejak beberapa minggu lalu telah bertukar beberapa
00:57carangan pelan damai yang menggariskan syarat bagi menamatkan konflik menerusi pengantaraan Pakistan.
01:03Menurut laporan CBS News, rundingan antara Washington dan Teheran masih diteruskan.
01:08Laporan menyebut Presiden Donald Trump membangkitkan kebimbangan terhadap beberapa kandungan draf perjanjian termasuk isu pelepasan aset Iran yang dibekukan selain
01:17mahu syarat lebih ketat khusus yang berkaitan nuklear Iran.
01:21Amerika dilaporkan membuat pindaan kali ketiga terhadap draf perjanjian itu sebelum menghantar semula versi yang disemak kepada Teheran pada Jumat
01:28lalu dan kini menunggu maklum balas pihak Iran.
01:33Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended