00:00Pengurusi DAP Johor, Tio Ni Ching menerima pengumuman pengunduran adun sekudai Marina Ibrahim dengan berat hati.
00:08Beliau yang juga timbalan Menteri Komunikasi berkata, Marina telah membuktikan dirinya sebagai pemimpin berdedikasi semenjak menjawat sebagai ahli majlis di
00:17Majlis Perbandaran Kulai sehingga menjadi adun pada 2022.
00:21Ni Ching menerusi hantaran di Facebooknya berkata, Marina sejak awal lagi menunjukkan semangat yang menyelah serta komitmen yang tinggi.
00:30Beliau turut menjelaskan plan strategik DAP terhadap Marina untuk membina rekod dan reputasi selaku wakil rakyat sebelum memperluaskan khidmat ke
00:38kawasan yang bukan merupakan kubu tradisi DAP menjelang pilihan raya negeri akan datang.
00:43Kata Ni Ching, Pakatan Harapan Johor memulakan rundingan pembahagian kerusi di mana kemungkinan besar terdapat satu kerusi kawasan bandar akan
00:51ditandingi oleh DAP.
00:53Menurutnya, kepimpinan parti berpandangan, Marina antara calon yang mempunyai peluang kemenangan paling tinggi untuk menggalas misi strategik DAP melangkah keluar
01:02daripada kawasan tradisi parti.
01:03Pada masa sama, Ni Ching turut berasa kesal sekiranya sebarang perbincangan berkaitan strategi PRN Johor telah menimbulkan rasa kurang senang
01:11atau mengguris hati beliau dalam apa cara sekalipun.
Comments