Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Dalam wawancara dengan Fox News, Trump berkata AS dan Iran kini hampir mencapai satu "perjanjian yang sangat baik".
Transcript
00:00Amerika Syarikat akan meminta campur tangan Jabatan Perang sekiranya perjanjian baharu dengan Iran gagal dicapai.
00:07Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh Presidennya Donald Trump dalam wawancara dengan Fox News pada Sabtu.
00:14Bagaimanapun Trump berkata Amerika Syarikat dan Iran kini hampir mencapai satu perjanjian yang sangat baik.
00:20Beliau turut menekankan sebarang perjanjian perlu menjamin keselamatan pelayaran di Selat Hormuz serta memastikan Iran tidak memiliki senjata nuklear.
00:27Beberapa pegawai Amerika Syarikat mendedahkan Trump telah menyemak semula dan memperketat syarat memorendum persefahaman yang sedang dirunding serta versi dipinda
00:35itu telah diserahkan kepada Iran untuk diteriti.
00:38Menurut pegawai berkenaan, cadangan yang disemak semula itu bersifat lebih tegas dan bertujuan memberi tekanan kepada Iran.
00:44Ia bertujuan mempercepatkan proses rundingan serta menerima rangka kerja yang sebelum ini telah dikebukakan kepada pemimpin tertinggi Iran, Mushtabal Khamenei.
00:52Media rasmi Iran pula melaporkan perjanjian itu hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya dan mendakwa Iran bakal menerima berbilion dolar
01:00dana yang dibekukan.
01:01Namun, White House menafikan dakwaan tersebut.
01:05Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended