Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Peluang pekerjaan yang lebih banyak serta pendapatan yang lebih tinggi perlu diwujudkan bagi membantu rakyat berdepan tekanan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi global.
Transcript
00:00Rakyat di negara ini masih belum merasai kesan besar daripada konflik di Asia Barat kerana kerajaan masih menampung sebahagian kenaikan
00:08kos melalui subsidi dan bantuan kepada rakyat.
00:11Kata Pensyarahkanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UITM, Mujibu Abdul Muiz, kesan gangguan itu mungkin tidak berlaku secara mendadak
00:21tetapi secara berperingkat melalui peningkatan kos pengeluaran, kos pengakutan dan harga barangan.
00:29Katanya keadaan itu boleh memberi tekanan kepada pengguna sekiranya konflik berpanjangan dan rantaian bekalan global terus terganggu.
00:37Bercakap tentang kos arah hidup, harga barang makanan, pekerjaan, sewa rumah, bil sana, bil sini. Jadi dalam konteks ini, ini
00:50mungkin perlu dilihat secara menyeluruh.
00:54Yang mana bagi saya, kalau tekanan-tekanan ini semakin membesar, ditambah pula dengan kerajaan terpaksa berjimat cermat dengan menghadkan perbelanjaan
01:06yang bagi saya mungkin akan menjadikan ekonomi kita itu lebih rentan kerana kita masih lagi bergantung harap kepada perbelanjaan kerajaan,
01:16terutamanya dalam konteks susunan fiskal.
01:19Beliau berkata demikian dalam temubual di Buletin Awani Khas pada Ahad.
Comments

Recommended